e'eh. nak kata dah lama tinggalkan blog, takda la lama sangat. kot ? kenapa tiba2 dashboard semua da berubah rupa ? kepala saya fening. taktau nak tekan apa. noob seketika. apa yang terjadi ? apa ? katakan lah.
wahai blogger, ketahuilah sesungguhnya Twitter lebig menarik. oops. jangan kecik hati wahai blog kesayangan. tapi ini lah hidup. seperti roda. kejap kita di atas, kejap kita di bawah. Masa terus berjalan, Zaman terus berganti. dulu blogging, sekarang tweeting. Oleh yang demikian, encik blog jaga diri baik2 ya semasa ketiadaan saya. i'm gonna miss u bebeh. muah.
ayuh kawan2. cari saya di twitter. the tweethandle is aimisyhrh. ok aimi, kau tk payah perasan kau artis sangat sampai ada orang nak carik kau kat twitter. entah2 post ni pun takde siapa baca. kau ni aimi, sedih la aku tengok :p
chow cin cau. peace.
DAH BACE, SENYAP :)
Sunday, June 3, 2012
Thursday, March 1, 2012
siapa itu Kawan ?
Pengalaman yang dikumpul2 selama setahun lebih tinggalkan zaman sekolah ni sangat2lah precious. pengalaman itu mengajar kita. betol la tu tapi tak rasa diajar lagi lah takat ni.
KAWAN. Menurut Wikipedia Bahasa, "Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong-menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi."
Manakala menurut Google Translate, kawan ialah friend. Tahukah anda ? -.-
Selama saya hidup, macam2 kawan saya dah involve. macammana kita behave, macammana kita bawak diri, macammana kita ni sebenarnya, itulah kawan yang kita akan dapat. kawan di sini saya maksudkan kawan yang kita lepak sama, kawan yang kita carik bila ada cerita hangat nak share, kawan yang kita call mintak tolong bila hampir terkantoi dengan makbapak, kawan yang kita sama2 ingat tandatangan masing2 untuk kegunaan ponteng kelas, kawan yang kita pau duit bila lupa bwk dompet, senang cerita, kawan yang sentiasa ada menyemak depan mata. tu lah dia.
kalau nak reflect diri, cuba perhatikan kawan sendiri. selalunya, macammana kawan kita, macamtulah kita. jangan kau senyap2 kutuk kawan kau tu gedik padahal kau tak sedar kau tu pun lebih kurang jugak.
itu yang saya sedar sejak keluar sekolah ni. Dari kawan PLKN, matriks, sampai la sekarang ni, UIA, macam2 jenis kawan saya ada.
saya sedar saya bukanlah seorang yang kuat, yang mampu melawan pengaruh2 rakan sebaya nih. dan saya sedar Saya ni zaman sekolah tidaklah seperti Saya di zaman kolej ni. banyak sangat dah berubah. and i'm not proud to say that Saya sekarang tak sebaik dulu. *okay ini bukanlah masa nak perasan dulu kau baik, aimi*, aku berbisik. haha.
sekarang ni, saya macam nak rasa apa yang budak2 nakal kat sekolah dulu tu rasa. best ke ponteng ? best ke panjat pagar ? best ke buat hal ? best ke mencarut tiap2 hari ? best ke langgar peraturan ? eh. tu dah biasa. haha. ah, yang penting sekarang saya dah lain. sikit. sikitt ahh.
nak cakap sebenarnya, pilih kawan yang betol2. bila kita dalam zon dikelilingi orang2 baru dan kita perlu buat kawan baru, masa tu tolonglah jadi diri sebenar kalau nak kawan serupa kepala dengan kita. tapi kalau sedar diri tu nak kena ketukan muhasabah diri, sila lah cari kawan yang berakhlak mulia serupa macam yang kita nak jadi tu.
unless, kau tu sangat kuat menahan tarikan2 rakan sebaya, then takpelah kau nak kawan dengan siapa2 pun. asalkan kau tau diri kau yang sebenarnya :)
"sahabat yang beriman barat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah."
-hasil ihsan tampalan kertas nasihat di mana-mana.
*kawan saya baik okayh. haha baai.
*ehem* :)
well hello!
banyak benda dah jadi selama hamba meninggalkan blog hamba ni. masa berlalu macam angin. kadang kala sepoi2 bahasa, kadang kala ribut. sedar2, dah bermasa-masa pergi begitu sahaja. dan......
weh. budak otak sains tak reti puitis2, sila terima hakikat dan berhenti mencoba. terima kasih, sila datang lagi.
ek ehem. assalamualaikum. pada tarikh ini dan waktu ini, tercatat lah sejarah baru wanita bernama aimi di dalam blog yang sunyi sepi bau penguk ni. rindu nye update blog :)
so, briefly pasal hidup saya sekarang :)
-belajar lagi.
-dah nak meninggalkan zaman remaja
-dah nk kawen *tipuuu*
okay dahh habis cite. ni cuma short brief. pndahuluan. ngee.
ok bai :D
Thursday, November 10, 2011
rakyat ? are you there ?
i haven't update my blog for ages !
oh. there's no one here. you have lost your 'rakyat' aimi. good job. pat on your back -.-
*opens the door and walks out.
so, hey guys.
how are you ?
...............
are you there ?
.......................
hell...lloo ?
.................................

Tuesday, August 9, 2011
sebelum syawal
mungkin belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada umat2 islam :)
ayat cliche sungguh -.-
puasa tahun ni sangat berbeda dengan tahun tahun sebelum ni. zaman muda muda dulu, tak fikir ape dah. balik sekolah, tidur to kill the time sampai petang. bangun baru mandi, solat asar, terus turun dapur dengan harapan makanan dah terhidang, dengan air dalam jag dah terkondensasi. fuhh banyak cantik muka kauu. kawin anak raja dulu. bukan takat makanan terhidang, dengan meja-meja sekali maid kau bawak naik bilik. amboih.
malangnya, tahun ni tak serilek itu bahh. first day puasa nasib baik cuti, takde kelas. tapi esoknye ade exam mid-sem. tidak berapa baik nasib anda ye -.- tapi takpe, orang kata masa puasa otak jalan laju. 100km/h. hahaha. okay, tak lawak.
lepastu, bila berbuka takde tunggu makanan terhidang dah. hang pi keluaq cari makanan seniri, duit seniri, kaki seniri. takde tekan minyak pusing stereng dah. kau pusing kaki kau je pegi bazaar tuh. hadoi . beli pulak makanan ikut nafsu. bile berbuka dah jadi macam ular sawa kekenyangan. mata dah kuyu. tunggu masa je nak lelap. ular sawa betol. tapi saya comel sikit kott. haha :P
dugaan bulan puasa sangat banyak sebenarnya. ceh mengada je lebih padahal, tak makan je pun. aimi ni memang. bila raya nombor satu -.-
selamat buka puasa :)
*saya nak berbuka lagi dengan awak :) babai *

Tuesday, July 12, 2011
sila ignore. eh jangan .
kalau dapat lepas rindu, sepatutnya rasa bahagia kan ?
tapi kenapa setiap kali kita lepas rindu, mesti rindu tu datang balik lagi kuat ? ape tatabahasa ni, ish ish ish.
tu lah manusia, susah nak bersyukur. dapat betis minta paha. eh eja paha macammana ? paha ke peha ? mentang-mentang dah tak belajar bahasa melayu. haha lupa daratan betul minah ni.
minggu lepas, saya dapat lepas rindu dekat kawan plkn and kawan baik aka abang angkat :) tapi rasa tak puas. takpela, walaupun kita lepak kejap, dapat jugak tengok muka diorang lama-lama. One thing for sure, rindu dekat orang tersayang tak dapat lepas langsung. total time taken (ceh !) jumpa dia tak sampai setengah jam pun weh! apebenda tu ! arrrr geram2. sian kiteww :(

Tuesday, July 5, 2011
DIA KEMBALI WOI
hello hello di mana anda di mana saya ?
fuyyohh fuyyohh gila lah aimi kembali menulis blognya! pathetic gila minah ni. maaf.
saya menyemak-nyemak je kat sini cuma nak promote kedudukan saya sekarang. di mana saya ? saya di matrikulasi kuala pilah negeri sembilan woot woot ! ok, takde sape kesah. ceh takdelah gempak mana pun, kecoh je. sila tampar.
saya stress. stress sangat. saya stress sangat. takde life la sekarang. nak pergi sekolah balik, nak lepak chill2 tak buat homework buat muka selamba badak salin keje kawan. eh bukan tiru ye, salin je :) lepastu nak lepak depan sekolah, balik rumah lambat. lepastu nak tengok tv, tengok movie. nak makan free. nak kumpul kerja rumah banyak2 buat koleksi, lepastu siapkan sehari sebelum tarikh hantar. arghh nak sekolah balik! nak masuk plkn balik ! rindu semua orang :'( ni lah human. manusia kurang bersyukur :P takpe aimi, setahun je takde life, lepastu kita PARTY IN THE USA baybehh!
ok stop. lepasni ade kuliah. mase tidur ! eh tak boleh. mentos sour dan skittles sour menjadi peneman di pagi hari apabila mata dah tertutup setengah. milo fuze mocha pula menjadi pendamping di malam hari apabila mata terbuka setengah. cuba lah, hidup anda pasti ceria !
=.="
*saya sayang M.A.A ! saya rindu dia, maaf. selamat belajar sayang ! awak pun, wahai followers kesayangan. bersusah-susah dahulu bersenang lenang kemudian. berjimat jimat dahulu berkaya kaya kemudian. bye ! :)

Subscribe to:
Posts (Atom)