DAH BACE, SENYAP :)

Friday, December 31, 2010

satu birthday party wakil 5 beradik, sekali seumur hidup. sadis.

birthday party budak kecik tu went well. not much to say. cuma...heishhh budak2 sekarang, orang lain dah tolong organise party dia, dia boleh buat taktahu nak membantu *mengeluh* .

mari kita baca gambar :)



birthday boy



burung-burung awal.




ingat kanak-kanak sekecil ini taktau apa itu appetizer? :D



AWWWW. comelnya cupcakes saya budak tecik nih :)



spaghetti oleo. marvellous ! :d



aww saya rindu tiup2 cake, terkeluar air liur, buat taktau. haha. eh tak2 :P




first game : pijak kertas, lipat2 smpai kecik. err taktau apa game sebenarnya -.- pengadil bersila dekat bawah, tak puas hati orang main tipu :D



second game: musical chair. ada dua round. oh and di situuu ada scandal adik saya dan kawan-kawannya :D kecik-kecik dah pandai -.-




third game : a.e.i.o.u. . kanak-kanak riang ni tengah kaku, ketawa dalam hati :D boleh buat geng nih wahh.



party habis, segerombolan kanak-kanak terus keluar main tinggalkan kerja kerja mengemas pada orang lebih dewasa. cis. terima kasih kepada dua orang hebat ni yang menjayakan partehh


super hebat. aimi :8



kurang hebat. adi buddehh.



dan tidak lupa,


ayahanda dan bonda :)







saya tak suka basuh pinggan.

Thursday, December 30, 2010

gadis berspatula -.-

fuhh. lap dahi, baling peluh -,-'

saya super cool.

hahah well hasil cubaan kali pertama bake cupcakes saya sangat memberangsangkan. they had been baked perfectly :) by me :) okay lah abang saya ada menghulurkan bantuan jugak tapi sebagai assisstant sahaja, SAHAJA. saya boss ;) ini macam satu kejadian gempak gilaa ah dalam family sebab selalunya apabila tangan-tangan keluarga ni bake, untuk cubaan kali pertama pasti tak jadi. probability apa yang kami bake tu turn out to be as imagined tu about 1/10 jugak ah. sedih bukan. bila cupcakes saya jadi, hush terus bonda menari-nara depan microwave. ya, saya bake guna microwave, bukan oven. microwave kami cool, sebab tu nama dia microwave oven haaa ini lah bukti kami amat sangat jarang sekali guna oven untuk baking :D
jadi ini ada a few pictures diambil dengan tidak menggunakan kamera handphone lagi. mari terharu beramai-ramai.



baru tahu ada mesin ni dekat rumah. bukti saya amat sangat jarang sekali bake.



bite size cakes. comel kan macam.....shitto :D



aww dia behave very well. masuk oven macam shitto, keluar oven, jadi bulat :)



raksaksa punya bite size. mereka jadi saksi bonda menari-nara :)



WOW dia ada colour ! eh eh tulisan saya atas kertas tak sekanak-kanak tulisan H.A.P.P.Y.B.I.R.T.H.D.A.Y tuu. itu hasil kerja under pressure. CEYYY. saya tau cupcakes tak seindah khabar, tapitapi ada usaha kan :)



haih. baru ku mampu tersenyum :)




boleh buat bussiness tak? hehe.

"kejayaan bermula daripada cita-cita. cita-cita bermula daripada angan-angan."
-aimi-



uwaaahhh :D








Sunday, December 26, 2010

semakin kewanitaan :P

air kotak dalam bahasa inggeris apa?


box drinks ?


box water ah.


apesal pulak. kan air tin can drinks bukan can water


habis tu, kenapa mineral water bukan mineral drinks?



*
gaduh*



HAHA ni lah budak sekarang. bodoh sombong. eh tak tak, suka menimba ilmu. ceyyy. (sumber: tusyen physics berbulan2 yang lalu. eh terrindu pulak )


ok habis pasal box drinks box water, itu cuma warm up :) baiklah2 hari jadi saya sudah lepas, hari jadi adik saya pulak menjelang nih. kesian betul birthday masa first day naik sekolah plus plus, kakak dia yang tercinta ni telah maju ke plkn -.- budak kecik ni pulak sibuk2 nak buat birthday party sebab kawan-kawan semua buat. ibubapa pulak mengizinkan. ceh masa saya kecik2 saya ingat lagi, saya ada tanya abah boleh tak nak buat birthday party. dia tak bagi sungguh2. tapi bila adik saya ni, dia bagi pulak. kononnya sebab dia bongsu, takpelah bagi can. err memang masa saya kecik2-mintak-buat-party tu saya tak bongsu kan ? (nada: perli tajam punya). ceh, sadiss -.-


disebabkan KEMATANGAN saya ni *ek ehem*, saya pun pasrah menangis kesyahduan di dalam hati sahaja T.T and and and, saya volunteer buat cupcakes comel2 untuk party beliau. wah wah satu pencapaian nih! boleh lah lepas plkn mintak kerja dekat bakery, masa interview buat muka powerful cakap SAYA PERNAH BAKE CUPCAKES OKAYYY HUH. perlu 'huh' supaya nampak powerful. terus dengan serta-merta saya diambil kerja. jadi pencuci tandas. eh, tukang cuci tandas. *menangis kesyahduan lagi*



so, hasil kajian dengan kerjasama google, setelah pencarian dilaksanakan, ini bakal suami cupcakes yang saya akan buat untuk masuk ke digestive system kanak-kanak ceria tersebut agar bertambah ceria.



uu comel. banyak colour. kanak-kanak sukakan lidah mereka berubah warna -.- ini akan dipertimbangkan.




ini comel. tapi anda sanggup ke masukkan bugs dalam mulut? eww. tapi kanak-kanak suka makan beetles. sedap diorang kata. haha. ok yang ni dipertimbangkan.




tak banyak guna icing dalam plastic. picit2, keluar bentuk star. hmm usaha kurang. dipertimbangkan.


sangat sweet. rupawan, menawan, dan manis luar dalam :) sukasuka. ini pun masuk list dalam-pertimbangan.





ceh. besar cita-cita ?

eh taklah. ini cuma basuh mata namanya. gambar-gambar ni yang masuk digestive system saya dalam khayalan. cium je bau laptop, dah kenyang. tipu.



semangat nih ! ceh padahal buat kuih raya paling senang di dunia pun boleh hangus, ada hati nak buat cupcakes secomel di atas. eh apa salahnya bercita-cita ye tak? :) oleh itu, saya akan ambil gambar kenangan cupcakes sekali seumur hidup saya tu and upload dekat sini okay. tengoklah nanti apa jadi. mana tau jadi kek lapis :)












indah khabar dari rupa .

seventeen, officially :)

ini pasti entri pendek. dah pukul 12.37 malam and saya kena tidur, esok nak bangun awal. but but nak cakap, saya sangat terharu ramai ingat birthday saya although ada certain people yang HUH-I-TAK-SANGKA-U-TAK-INGAT-BIRTHDAY-I ! yeeaa takpe lahh nk buat macam manaa kita ni tak special pun kan :( anyway, THANK YOUU GUYS AND GALS ! i really do love you :) esok kursus 6 jam nih nak buat lesen teeheehee okay got to go saya happy nih. i'll blog next time. byebye :)



*kan dah cakap pasti pendek :) *

Monday, December 20, 2010

suci, tenang, ......HOT !

ouhh sucinya sucinya ! tak kelam kabut dah mata tu bila bukak blog ni kan ? :) mula-mula kita ingat nak buat blog comel comel, tapi kita taknak orang tengok kecomelan dia semata-mata tanpa membaca. nanti orang tackle blog, bukan tackle kita. jadi kita pun buat lah blog kepupusan colour nih. adik adik yang suka paksa ibu beli buku mewarna selonggok seringgit tu, boleh lah warna blog akak ni ye. jimat duit ibu tu. seringgit kalau top up boleh message seratus kali taw. seratus message tu banyak taw. sempat kenal hati budi, mintak couple lagi taw. ok ibu adik dah kahwin. lupakan. pergi beli buku mewarna -.-


*saya suka garrett hedlund :) *



awwww *melt*

love like woe

setelah berjanggut cari lagu ni, jumpa juga akhirnya. ni yang nak terharu nih :') lagu ni macam dadah, sekali je dengar terus addicted. penangan dia, huoo boleh mati wo. bola sangat hyper -.-
serious nihhh suka sangaatt ! cuba cekidaud :)





lagu comel plus the cute guy :8 perfect combination. sukasukasuka :)


oleh sebab perfect combination ni, kita mesti nak sing along kan dengan suara kita yang merdu bagai burung wakwak ni. nah Love Like Woe punya lyrics :)


(J-J-J-J-JR)
Woah-oh, oh-oh, oh-oh, oh-oh
Woah-oh, oh-oh, oh-oh, oh-oh
(I kinda feel like it don't make sense)

I'm thinking, baby, you and I are undeniable
But I'm finding now loves unreliable
I'm giving all I got to make you stay
Or am I just a roadblock in your way?

Cause you're a pretty little windstorm out on the boulevard
Something like a Sunset, oh you're a shooting star
And I might drive myself insane
If those lips aren't speaking my name

Cause I got some intuition,
Or maybe I'm superstitious
But I think you're a pretty sweet pill that I'm swallowing down
To counter this addiction, you've got me on a mission
Tell me darling, can I get a break somehow?
(How) could I say no?

She's got a love like woe
Woah-oh, oh-oh, oh-oh,
Girls got a love like woe (la-da-da)
I kinda feel like it don't make sense
Because you're bringing me in and now you're kicking me out again
Loved so strong, then you moved on
Now I'm hung up in suspense,
Because you're bringing me in and then you're kicking me out again

It's like a hurricane, speed train, she's a moving car
Catch her in the fast lane, oh I gotta know,
Can I keep up with her pace?
Kick it into gear when I see that face

You can take up all my time cause you're the only one
That can make a storm cloud break, pulling out the sun
And I can't get caught in the rain
Can I get your lips to speak my name?

Cause I got some intuition,
Or maybe I'm superstitious
But I think you're a pretty sweet pill that I'm swallowing down
To counter this addiction, you've got me on a mission
Tell me darling, can I get a break somehow?
(How) could I say no?

She's got a love like woe
Woah-oh, oh-oh, oh-oh,
Girls got a love like woe (la-da-da)
I kinda feel like it don't make sense
Because you're bringing me in and now you're kicking me out again
Loved so strong, then you moved on
Now I'm hung up in suspense,
Because you're bringing me in and then you're kicking me out again

Cause we only have one life
The timing and the moment,
All seem so right
So would you say you're mine? (We'll be just fine)
Would you say you're mine? (We'll be just fine)

She's got a love like woe
Woah-oh, oh-oh, oh-oh,
Girls got a love like woe (la-da-da)
I kinda feel like it don't make sense
Because you're bringing me in and now you're kicking me out again
Loved so strong, then you moved on
Now I'm hung up in suspense,
Because you're bringing me in and then you're kicking me out again(Repeat when you get to the end) (just one repeat)




baikkan saya bagi kemudahan ? hehe. enjoy :)

Sunday, December 19, 2010

ujian lagi -.-

alhamdulillah, dah lepas ujian berkomputer :) tak ramai orang pun dekat sana, sekejap je dah balik. umi pun wow-terkejut-anakku-sudah-pulang-jom-pergi-kenduri ! oh tidakk kegembiraan bonda hanya bertahan 2 minit setengah. tiba tiba dia marah sebab kelupaan saya beri slip lulus periksa tu dekat orang yang uruskan license saya. ala umi chillax ah, macam tak jumpa orang tu lagi -.- oh, keputusan exam, saya dapat 48/50. sangat tidak disangka. HAA NAK TAU TAKK *pukul bahu orang sebelah, buat muka makcik senah eksaited nak bergosip* petugas dekat tempat saya amek ujian tu tak mesra langsung ! bukan takat tak mesra, memang mintak kaki tangan ah. makan gaji, buat cara makan gaji ye amoi, mentang2 kau rambut pendek badan mantop, kau ingat kau boleh layan orang suka hati kau? ni sure takde boyfriend nih. takde sifat penyayang langsung. huh. *ok makcik senah, sila berhenti membebel sekarang*

26 hb ni saya ade kursus 6 jam pula ya. satu pengajaran yang saya dapat, bawa mp3 mahupun mp4 atau apa apa sahaja yang membantu melenyapkan 6jam begitu sahaja. texting tidak begitu membantu. bawak jajan dalam beg. nasi goreng bukanlah species jajan. oh, banyak pengajaran rupa-rupanya. ok! saya ready! mari countdown birthday saya ! *tiba tiba -.- *



Wednesday, December 15, 2010

lepas lesen Lelaki, lesen Perempuan :)





i'm ready i'm ready i'm ready *picit* . Kursus KPP 5 jam saya sudah habis! at last! sumpah rasa macam dua hari dalam bilik tu (aimi, tak baik menipu guna sumpah). err lama okay dalam bilik tu, dah la sejuk, lapar, takda kawan pulak tuh. luckily, LUCKILY, ade budak hehe handsome duduk depan saya *shy*. ahh actually i know him but i'm quite sure that he doesn't know me. or maybe he doesn't recognize me. kami pernah sekelas masa form 1 or form 2 dulu but then dia pindah sekolah. dia pulak bukan la jenis budak yang huhahuha duduk sebelah perempuan hai-sapa-nama-ade-nombor-telefon? tu. so kami tak rapat langsung plus saya takde guts nak tegur dia. WALAUPUN dia makin handsome kan teeheehee see saya tak la gatal gila babi kan. oops nanti jadi isu lisa surihani :D

oh, what's a kursus KPP? KPP stands for Kurikulum Pendidikan Pemandu if i'm not mistaken. and it took 5 hours :O muka mulut huruf 'O' ni hanya untuk adik adik yang tak tau perihal belajar memandu sahaja ye. CEYYY sumpah poyo gilaa :D sorry abang kakak yang tahu memandu, you can stop rolling your eyes now. i'm done poyo-ing :D

berbalik semula pada ayat pertama tadi, yes i'm ready to drive! i'm ready to get to the next stage of growth-adulthood! CEYYY lagi sekali. padahal plkn tak lepas lagi nih. so this weekend insyaAllah saya ambil ujian berkomputer, pray for me to get 43 points and above ya ? :)





JADILAH PEMANDU BERHEMAH, KURANGKAN KEMALANGAN JALAN RAYA, SAYANGI NYAWA ANDA DAN ORANG TERSAYANG :)

Tuesday, December 14, 2010

take it or leave it .





eksaited sungguh bangun bangun pagi, gosok gigi, mandi manda, turun breakfast, lari lara pegang penyapu dengan penyodok, tiba tiba "WOW DAPAT SURAT!". baru terasa macam budak lepasan sekolah kalau macam ni *ehem ehem*. envelope dia cantik ade biru biruan :)


*koyak koyak*. ek ehem. Dear Aimi Syahirah binti blablabla, SCHOLARSHIP AWARD 2011. Congratulations on your good perfomance in the school exam. We are pleased to award you the Teo Soo Pin Scholarship. The details of which are as follow:
1. Name of programme: tanak bagitau.
2. Date of commencement: january 2011
3: Nature of award: Full tuition fee waiver


UWAAHHH *pengsan pengsan*. Alhamdulillah dapat scholar ni. so i'll be off to KDU college this upcoming january. goodbye plkn, goodbye holidays :')

...NOT! no no, i'm not going to receive this award. first, otak bersama-sama tubuh badan dah terima kenyataan mereka akan pergi plkn. AKAN. believe it or not, saya rasa tak sabar pulak nak pergi plkn. hati sudah suka sama plkn. teehee :) mengada kan. dulu gila2 berharap dapat scholar ni supaya tak payah pergi plkn. sekarang dah dapat, taknak pulak. meh lempang sikit. biasaa ye. second, umi cakap benda ni cuma bayar tuition fee je. yg activities lain tanggung sendiri. banyak belanja sebab ni kolej swasta. ape? guna duit? okay, saya tak mau. third, lepas result spm keluar, ade MARA di sisi. pilihan lebih baik. result x straight A's pun boleh. MARA kan membantu melayu macam saya :) plus, ade lagi better scholarships terbuka after result spm. so, think twice sebelum terima KDU ni. Fourth, UiTM is better ! err itu ibunda yang cakap, saya tak tau. no offense. AND FIFTH, naluri hati mahu ke plkn ngehehe. nak enjoy dulu sebelum menjejakkan kaki ke alam tak pakai uniform sekolah. so yeah, minta maaf encik Teo Soo Pin :)


that's it. angan angan nak lihat lambang ni setiap hari tidak terlaksana nampaknya.


MARI MENUJU KEJAYAAN, MARI MENUJU PLKN ! jyeah!
*kami wira wirawati negara, kini masa kami berjaya. tududududududu~ *

Friday, December 10, 2010

5 cendekia 2010 smkjalan4, the last memory

jamuan 5 cendekia memang the bomb! i suka i suka :0 a day before jamuan, kami berlima pergi shopping hadiah untuk doorgift and hadiah cikgu. happy sangat sebab shopping tak guna duit sendiri. bawak duit kelas berkepuk kepuk. nak kira pun sorok2 takut ade orang follow berniat jahat nak culik kami berlima mintak tebusan, OR ragut kami punya beg OR ragut plastic bags kami OR mintak no telefon. ngeee. fuhh pegi pagi2, balik petang2 padahal bukan nye jauh pun. tak de class pun shopping mall yang kami pergi tu. tak tau itu consider MALL ke tak. hadoih semua jamuan punya pasal. tu pun ade yang macam tak menghargai -.-
tadi jamuan berlangsung. saya dan naziff jadi pengacara majlis. amboi naziff suka betol kau jadi pengacara ni kan. in fact you don't even need me actually. tapi biasalah, perempuan kan penghias dunia, bile ade pengacara lelaki kenalah ade pengacara perempuan. bila ade romeo ada lah juliet. bila ade edward ada lah bella. bila ade kucing ada lah anjing. bila ada penjahat ada lah polis. nampak tak nampak tak? haaa. saya tau saya penghias :) long story short, jamuan start dengan ucapan2, awards, makan, and games. kami main KERU-RAMA (kerusi berirama atau nenek saya panggil musical chair), kami main CHARADE, kami main CUN-BOX (kotak beracun. get it?), kami main TELEFON BODOH. haha memang macamtu ke nama -.- mainan die mcm ni, orang pertama bisik dekat orang sebelah satu ayat and then orang sebelah tadi bisik lagi ayat tu dekat orang sebelah die. sampai orang last, tengok ah ayat tu jadi apa. pernah main kaaaannn. so perkataan asal kami - ravi naik moto pergi kedai langgar anak ayam mati tengah jalan kubur dekat sg ramal. errr lebih kurang la kot ayat dia tak ingat ah :P lepastu bisik2 sampai orang last jadi macam ni : bila hujan boleh bukak payung, bila pelawat datang tak boleh bukak pintu sebab anantha.. dah taktau ape dah. HAHAHAHAHA SUMPAH LAWAK TIBA2 BILA HUJAN HAHAHA TAK RASA LAWAK KE :D

ok berhenti gelak aimi. lepas game, amek gamba, makan kek, and balek rumah. lupa nak tapau makanann macammane boleh lupa ni unbelievable betul. makanan boleh lupa? isk isk dah makin kurus nampaknya :P

so saya letak lah a few pictures untuk tatapan sekeluarga. and also piqah sebab tak dapat datang. nah saya rompak lagi sekali dekat facebook rakan rakan.














Wednesday, December 8, 2010

KEM PLKN PELANGI HILL RESORT. damn,

oh! saya nak cakap jugakkkk. SAYA PUNYA PLKN DEKAT KUALA KUBU BHARU, BAHARU, BARU.ahh sama lah tu. KEM PELANGI HILL blabla tak ingat. tak amek tau. cehhh poyo lah sekarang puas2. sampai masa nak naik bas menangis. gila. okay dah, sape2 ade kenalan termasuk boyfren yang sama kem dengan saya, tolong beritahu. bagi nombor telefon ehehehe. tak, ini main2. boyfren tu kalau rasa dah sampai masa dibuang jauh2, contact saya. haha ini pun main2. hadoi. okay lah nah nama kem yang betol betol punya. senang orang bukak google kan teeheee. saya sanggup bersusah payah bukak website JLKN tu semata2 nak memudahkan google tau tak arrghh. nightmare. ok nah and bye.

NAMA KEM : KEM PLKN PELANGI HILL RESORT, MUKIM KERLING KKB
ALAMAT KEM : LOT 1675, JALAN KOLAM AIR PANAS, TAMAN LEMBAH DAMAI

BANDAR KEM : KUALA KUBU BHARU
NEGERI KEM : SELANGOR



stop smiling. okay bye lagi sekali

hidup berubah 180...... err tak jumpa symbol 'degree'. bongok. bye SPM !

dah la woi. dahhh. hah? oh, belum lagi. tak, ade 3 minggu je.

ehehe boleh tak sepanjang entri cuma menjawab soalan? nafsu nak blogging dah kurang lah alamak macammana ni. muka takde terkejut ketakutan langsung. nada suara pun memang mendatar horizontal axis straight line parallel to y=x+3 . okay jom turunkan kening same2 -.-

yes, saya dah habis Surat Perjanjian Meminang, haa memang tak lawak. saya dah break up dengan tunangan temporary saya tu. kami bersama 2 minggu lebih je tapi dah cukup mengubah kehidupan. wahwah sungguh hebat penangan cik tunangan saya. lepas ni saya taknak jumpa dia lagi sebab dia dah pun jadi tunangan berjuta juta lemon orang Malaysia, bukan saya sorang ruparupanya. saya tau saya mesti rindu dia nanti tapi nak buat macammana, kami dipaksa berpisah. ramai orang menjerit kegembiraan habis anak tekak keluar sebab hepi sangat saya break up dengan tunangan saya tu. I WILL MISS YOU MR SPM :)

yang belum lagi tadi tu, jawapan kepada soalan "dah hilang dah beban?". maka saya pun menjawab "oh, belum lagi". yeahhh orang lain happy sangat habis spm tapi kenapa saya macam 'errrrr oh dah habes, kenapa tak rasa apa apa' ?huh nampak sangat tak berusaha cukup. spm ke tak spm ke sama je. makan tetap makan -.-

"cuti panjang la ni?". saya pun membalas "tak, ade 3 minggu je". MUMMYYY DAPAT PLKN KUMPULAN 1! arghhh malang betollah nasib anak dara ni. memang rasa macam nak nangis sangat tapi setelah tido bangun balik, akal dan tubuh badan dah menerima kenyataan plkn tu bakal jadi kawan baik saya. haih cepat betol mental fizikal ni adapt dekat masalah. yes, itu memang masalah. habis planning saya. nah saya share list lepas spm saya :
  1. tidy up your room (sampai clear!)
  2. pergi holiday ramai2
  3. music class
  4. carik kerjaaa $$
  5. driving lesson
  6. belajar jahit *uuu* :)
  7. handbags hunting
  8. relearn japanese language
  9. exercise!
  10. write in your diary
  11. watch japanese, korean dramas
  12. rewatch hana yori dango
haa yang lain tak payah tahu. tapi SHOPPING itu perkara wajib jadi tak payah masuk checklist hehe. oh and lepastu checklist ni memang boring and tak daring langsung. ah, pedulik! ha nombor satu tu priority muehehe sebab bilik memang macam setor. tak, itu tipu. bilik besepah sikit2 jee alaa takdelah sampai tahap setor kan memang hina betol tu. berlipas semua eww. second tu nampaknya macam tak berjaya jee. semua plkn punya pasal. arghh geram2 gigit biskut gigit2! angan2 nak pergi camping, bukit broga, semua tinggal lambaian. err, pelik. next! music class. umm itu masih dalam pertimbangan ibunda. ha ni konfius sedari kecil nih, 'ibunda' ke 'bonda' ? saya dah cakap dengan ibundabonda tu saya nak belajar violin and piano tapi macam tak dapat respon yang convincing je -.- die teruskan aktiviti menengok tv. haih. 4th, carik kerjaaaa! ini pun macam tak kesampaian. alahai plkn. kenapa u kena 3 bulan hah. i taksuka taksuka taksuka. lepas plkn insyaAllah kalau masih menganggur lagi saya carik lah keje cuci tandas awam -.- eh tak, jangan kau amin kan. 5th, driving lesson. yeahh ini berjalan seperti dirancang. cumanya, lesen L amek lpas plkn. haduh. NAMPAK TAK BETAPA PLKN MENGGANGGU GUGAT KEHIDUPAN REMAJA HEDONISTIK NIH?! eh tak, saya bukan lah remaja hedonistik. saya baik *wink*. next, belaja jahit. yeah ini ibundabonda yang jadi gurunya yaa ibuk2 bapak2 siapa yang punya anak bilang aku aku yang tengah malu. okay saya berhenti. next,handbags hunting! yeah saya perlukan handbag sebab saya dah besarrrr. wahahaha. nak pergi kolej mana boleh bawak beg sekolah sama saiz dengan badan dah macam turtle dah. eh, tortoise. ahh tak mahu. next! relearn blablabla. yes, saya dah tinggal kan bahasa ibunda tu nak dekat setahun. ceh perasan. 9th, exercise! hehehe ini pun kena masuk dalam checklist sebab saya dah gemok gedempol. study je mulut tak boleh duduk diam. sama ada nak makan atau bercakap buang air liur. saya pilih makan. itu lebih membahagiakan. next, tulis dlm diary. haa ni satu lagi khazanah saya dah tinggalkan. sian dieeeee alololo buchuk buchuk. saya takde passion langsung menulis guna pen sebagai luahan perasaan ni. cannot lah cannot! tapi sebab kesian kat diary tu, saya tabahkan hati kuatkan biceps and triceps muscles saya ni :P
11th, 12th tu tak perlu dihuraikan. tapi nak promote jugak. try tengok HANA YORI DANGO japanese punya. menjurai2 air mata keluar. air liur pun boleh tahan berlumba2 dengan air mata sebab hero hero die henseheemmm. hembus hembus sikit sebut hensehemmm tu. baru feeeelll :)


okay saya taktau nak cakap ape lagi. esok punya plan pergi pulang buku teks (HA HA ini sangat membencikan), kemudian beronggeng pergi kajang carik stuffs untuk jamuan kelas. tu je la kot. see ya! rindu lah sama kamuu belog kesayyyangan muah muah.






*oh kena bayar rm7.50 total sebab tak balut buku. gila betol. boleh buat beli rumah tu -.- *

Tuesday, November 16, 2010

entri ke 100 ini khas untuk ucapan selamat tinggal bebeh. i love u bebeh

24 hari lagi ! 24 ! 24 hari lagi saya akan tinggalkan sekolah, hidup sebagai school leaver, takde orang nak organise untuk saya lagi, and saya kena start hidup berdikari. bila kata berdikari, saya akan uruskan segala hal-hal dengan berdiri di atas kaki sendiri. apply scholar SENDIRI, urus hal-hal kolej SENDIRI, and semua SENDIRI. tengok kakak2 saya nak fly, diorang uruskan semua sendiri. parents tak disusahkan langsung. jadi saya sangat tak sabar nak rase independent life ni macam mana, masam ke masin. saya taknak lah sikit2 nak suruh makbapak buat kan, walaupun diorang tak kesah. baik tak payah membesar macam tu. duduk je dekat tadika tu. saya yakin saya boleh berdikari sebab sekarang pun saya tak bergantung sangat dekat makbapak *ehem ehem. boleh buat menantu kan ;)*, nak buat tu nak buat ni semua sendiri. saya dah biasa bila nak beli barang, umi/abah/along/adi drop je saya dekat kedai tu and die pergi ronda2 sebab takde parking -.- so saya ditinggalkan berlegar2 sorang2 mengincreasekan risiko kena culik masuk surat khabar kelua muka comel bertitle "REMAJA DICULIK KERANA MAHU BERDIKARI". famous!

ape yang saya nak sampaikan sebenarbenarnya hanyalah saya dah nak habis sekolah :( spm pun dah dekat. hish boyfren saya nih, makin dekat pulak. jadi saya nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau2 penulisan saya selama nih ade yang menyakitkan hati atau terbuat awak2 ni benci taksukataksukataksuka dekat saya. i'm so so sorry. saya bukan mintak maaf hanya sebab nak spm ok, tapi sebab ini sahaja kesempatan yang ade untuk mintak maaf dengan ikhlas dekat pembaca2 yang dikasihsayangi sekalian :) i love you you knowwww

doakan saya dapat straight a+'s untuk spm nih ye. terimakasihhhhhhhh :x

and lastly, ALL THE BEST TO ALL THE SPM 2010 CANDIDATES. MARI MENUJU KE DESTINASI! yeaheeyeah. puncak cinta tertinggi yeaheeyeah





*ini entri terakhir sebelum saya tinggalkan anda untuk jumpa boyfren saya, Mr SPM. 8 disember saya jumpa anda kembali okeh! dont miss me ! :)

Sunday, November 14, 2010

jamu-jamuan

2010 punye zaman persekolahan dah pun habis. rasa macam baru sebulan sekolah dekat jalan empat. rupa-rupanya dah 5 tahun :) banyak sangat memori dekat sekolah tersayang tu. okay pasal memori2 kenangan2 dari form 1 sampai form 5 tu lain kali saya cerita dekat entri lain okay. lepas spm kot, baru menyentuh hati sikit kan kan kan. yang belum rase sekolah menengah 5 tahun tu, prepare lah mentally ok. best sebenarnye sebab banyak drama jadi bila form 5 nih. boleh buat novel 15 mukasurat ah bagi budak-budak yang lap hingus pun nak kene suroh cikgu buat tu. mukasurat 14 dengan 15 khas untuk glossary supaya diorang punye bahasa melayu pasar level sekolah menengah ni mantop. best betol lah idea penulis berkaliber nih :) tunggu lah 10 tahun akan datang wujud lah buku macam tu. kalau jumpa, serta-merta carik nama penulis ok? lepastu bolehlah korang bangga2 dengan member korang pernah bace blog penulis terkenal tuh. teheeeheeee :D

*****

sabtu, 3 petang, oldtown. itu kami punya jamuan Pembimbing Rakan Sebaya. first time pergi jamuan prs sebab tahun lepas saya tak komited dengan prs nih. takat baju je purple, tapi hati lain2. okay, saya pun tak paham. mm tak ramai yang datang tapi saya tak kisah sangat sebab ape? sebab ade makanannnnnn :)

lepas makan kami tukar2 hadiah, and saya dapat perfume bersama purse bersama gula2 bersama2 surat. hehehe ade surat, comel betol. pkul 5 lebih kurang, kami pulang. itu je, not much tapi boleh laaa kot sebelum tak jumpa diorang dah kan. tahun depan baru kita jumpe okay mase kami jalan2 lawat sekolah . tunggu ye :)


oh ye, isnin ni kami sekolah. ade majlis restu. OMG DAH NAK SPM SANGAT2. doakan saya yeh supaya dpt jawab spm dengan lancar and dapat straight A+ . sebot taw name AIMI SYAHIRAH dalam doa. tu pun kalau awak sayang saya heehee thanx :)

Monday, November 8, 2010

pesanan cikgu. heart to heart nih! :P

Bahasa Melayu ialah satu cabaran besar bagi insan yang bernama aimi ini. Mata pelajaran ini dahulunya merupakan sesuatu yang hanya dipandang enteng olehnya. Mutakhir ini, aimi melakukan anjakan paradigma dan mengambil sirius akan mata pelajaran ini dengan gemblengan guru Bahasa Melayu dan dirinya sendiri. Hal ini demikian kerana, aimi sedar bahawa penguasaan bahasa, penguasaan peribahasa, penguasaan penulisan karangan yang mantap dan kebolehan mengambil hati pemeriksa ialah elemen-elemen penting yang perlu digarap bagi menjamin keputusan A+ untuk mata pelajaran SPM ini. Tuntasnya, aimi akan berusaha menguasai semua mata pelajaran SPM secara holistik agar dia mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.



JANGANLAH BORINGGGG, TOLONGG. semangat nih! huu haa aum aum *clap clap*. alaa comelnya ada tepuk semangat haha teringat zaman dahulu kala cipta tepuk semangat untuk kumpulan. kumpulan pun comel nama binatang, ade kumpulan kungfu panda tehee. saya kumpulan HARIMAU MALAYA ;D comelkan? :D motif menulis cerita kontot takde perenggan tu, adalah kerana.... cehh. nak buat intro je, nak tarik minat pembaca walaupun saya tau bila bace intro tu, minat anda anda ni memang dah vanish hilangkan kotoran kan? kalau awak kuat semangat, awak akan teruskan bace entri ni. kalau awak lemah semangat, risiko tinggi kena rasuk setan. haa pilih pilih.



okay2, nak mula cerita lah nihh. tadi sekolah saya ponteng kelas hihi. eh tak, saya kan budak baik bersopan santun bertatasusila ;p pagi pagi saya terus pergi makmal bahasa jumpa cikgu BM nak mintak tandatangan and also nak mintak tunjuk ajar macammana nak mantapkan bm saya nih. tusyen lah dengan die sekejap. one to one u! special, hehe. sekejap je, tak lama pun. ceh, sekejap saya tu sampai pukul 12.45. dari pukul.......8 lebih kot :) mase fizik saya skip, masa agama saya skip, masa bio saya skip 1 period, and paling penting, REHAT saya skip. lapar siod!


saya dengan cikgu pun bermakan-makanan, berminum-minuman sambil bergosip-gosipan hehe. eh, gosip tu pukul 11.30 taw bukan pukul 8 lebih tuh :D ceh ingat masa, tak lah tu saya tipu :D tapi 11 something ah. cikgu pun bukak cerita.....jengjengjeng.... pergh suara die terus jadi slow seslow siput sedut. siap cakap "ini antara kita je tau. jangan beritahu orang lain". huyyoh bangga nih :8 lepastu die ade pesan macam2. salah satu yang melekat dalam hati, dia cakap


"kawan biar seribu. kita berkasih hanya untuk

ape? untuk kahwin... bukan untuk saja2 ni. biar satu. jangan

berkasih-kasih. buat ape kan? bia lah takde boyfriend sekalipun.

BIARR. jodoh akan sampai jugakk. kawann aje semua orang.

kawannnn.."


OKAY ITU BUAT SAYA FIKIR, BUAT APE COUPLE KAN? give me one strong reason why couple-ing is a need. reason gune 'strong' eh? lantak ah. lepastu cikgu ada cakap "mak mentua ni, kalau dia tak suka, dia tak suka. noktah. buuuat lah ape cara sekalipun, sekali die dah tak suka die memang takkan suka. sebab tu kalau tak dapat restu, baik tak payah kawin.. buat apee.. hidup tak bahagia. dia akan buat macam2 pada awak. awak akan terseksa. tapi kalau dah kahwin baru die tak suka, itu lain cerita"
yeahhhh saya ingat apa die cakap *wink wink*. ooo bab ni kau ingat ye. full detail lagi. bila cikgu cakap pasal locomotion of an earthwormm ke, growth in plant ke, electromagnetism semua tu
kau tak ingat? tsk tsk tsk, aimi aimi.... -.-




oh, korang ingat tak cikgu yang bagi nasihat pasal merpati tu? saya tak post kot kat blog ni. ade kat myspace dulu. cikgu yang sama lah ni bagi nasihat kawin2 nih :P best kan die? :) oh, nasihat merpati tuh lebih kurang macam ni,


"awak perempuan perlu jadi seperti burung merpati. senang

didekati tapi sukar ditangkap. awak jangan kejar lelaki. biar lelaki

yang cari awak, awak hanya perlu menunggu"


something like that. menusuk! kata kata ni saya pegang sampai sekarang and insyaAllah sampai bila bila. thank you cikgu :)




akhirulkalam, marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran. belajar biar sampai ke negeri China. memetik kata-kata Hamka, ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah.


FULAMAK, ADE HAMKAAAAA... KAU ADE KE? ;D






*OH BTW, PIQAH BUAT SAYA SEDAR BALIK. MEH SAYA CLEAR THINGS UP SUPAYA SAYA TAK NAMPAK JAHAT DI MATA KORANG. HEHE. YANG CIKGU KATE 'INI ANTARA KITA2 JE" TU BUKANLAH APE YANG SAYA POST DEKAT ENTRI NI OKAY. SAYA TAK JAHAT, BETOLLLL! SAYA NI BOLEH DIPERCAYAI TAU HEEE. MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI :) OKAY ? SAYA PUN TAKTAU KENAPA KENA GUNA HURUF BESAR. OK DAH SENYAP BYE*

Friday, November 5, 2010

pesta cahaya :)

cabaran 1 malaysia, ceh 'cabaran', memang saya sahut betol betol. tahun ni lah yang saya paling bersungguh-sungguh bergaul dengan semua kaum, semua bangsa, belajar bahasa diorang, cara hidup diorang, belajar respect adat and agama diorang, and paling penting MAKANAN diorang. saya tau saya rakyat malaysia yang membanggakan negara. ceyyyy :D

saya tak kesah peluk2 kiss2 muah2 dengan non malay nih. perempuan ok perempuan SAHAJA. saya tak kesah pegang diorang sana sini, eh eh eh! kau pikir pegang mana hah, cakapppp! pegang tangan, pegang rambut, pegang pipi, pegang kaki, saya tak kesah. betol ! pegang kaki tu TIPU. kau percaya, kau gila. haha. kelas saya ada......1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13 bukan melayu. 10 india 3 cina. semua saya rapat, semua saya sayang.
i love you guys muah muah!

ape motif cerita? helloo ini hari deepavali lah aiyo. ini hari a, jiran itu rumah a saya mari. deepavali a, makan2 dia ajak itu saya sama keluarga saya. dia kata a,

auntie: "saya tada makan itu pork la~ daging itu suma a saya beli sama itu orang melayu jugaa~ "

umi: "auntie, auntie masak taruk wine tak auntie?"


auntie : "tada laa! saya punya anak tada minum itu macam punya air la~ mabuk mabuk punya anak saya tada minum la~"


auntie punye dialog kene ade '~' okeh. bia dapat feeling intonasi dia :D WOKEY, SELAMAT ITU MAKAN RENDANG DIA LA. orait auntie, i'm on my way auntie! food, i'm coming!!

masuk2 gate, ade macam.....err.....taktau ah name die. tapi macam ade api die pasang :) ade bunga-bunga sekali atas lantai. nice la auntie :) but where's your kolam, auntie? oh, auntie kate die banyak sibuk laa~ tak buat kolam. ingatkn kolam tu wajib doh -.-
lepastu makan kuih raya die. hulamakkk kuih dia semua stok2 kuih raya yang raya aidilfitri tu :P buat sendiri pulak tuh, saya itu tabik la sama auntie! eh eh gatal nak panggil die auntie, dah taraf grandma dah :D umi la yang panggil dia auntie, saya kan sebaya dengan umi saya :D

makan time ! pergh ade rendang, ayam, dal, ngn ape ntah. oh! ade idali. Haha main sukati je eja marah auntie kang tak jemput dah dtg rumah. no auntie no, i like your rendang auntie.. idali tuu die kate gune tepung beras. die selembut softlan, eh tak, selembut apam. dan dia tasteless :P makan die macam makan ketupat. makan dengan rendang or ape2 yang kau rase sesuai sumbat dengan apam. ok cara sebut die : "i-de-li" de-li tu kena laju sikit. supaya apa ? supaya dapat feeling auntie. okey? :) meh ikot akak cakap mehhh.. "i...deli..." sekali lagiiii~ "i....deli.." okay! boleh jadi menantu auntie! eh tak, cucu menantu? yea, cucu menantu :P eyy die ade cucu sebaya tau. form 5. pandang pertama, dah rase nak jadi cucu menantu auntie :P EEHHHH TAK TAK! i tak tepikat langsung okay -.-

oh, rumah anak untie tu memang superb lah! ade fitness room tu yang kawe tak tahe tuh! bagai rusa masuk kampung :P bila tengok rumah die, membuak2 pulak rase nak jadi interior designer. haihhh mase depan ni mengade lah. so lepas perut dah happy, kami pun bawa diri pulang ke rumah yang takde fitness room nih -.- saya excited first time pegi makan dekat rumah non muslim nih :) and nanti, ade classmate saya nk buat openhouse deepavali dia, tak saba nak pegi. tapi tak sure boleh pergi tak.alaaa nak tengok kolam... :(






lastly, HAPPY DEEPAVALI to all hindus out there. have a joyful deepavali :)



*cakap pasal kolam ni, korang tau kan kolam tu ape? taktau, pegi google. alaaa google pun malas kan. kolam tu yang die buat design2 guna beras colour2 tuu. yang atas lantai tuu.. tau? taktau jugak pegi jadi warganegara london -.- *

Thursday, November 4, 2010

saya baru tau maksud procrastinate, lepastu macam excited nak selitkan perkataan tu. lepastu excited jugak nak procrastinate. jadi lah macam ni :)

aim : to investigate the relationship between the level of laziness and the.........

hypothesis: the nearer the SPM, the lazier you get.

variables : manipulated : the.......
responding : level of laziness
fixed : subjects

apparatus/materials : me, my mind, my soul, books!, trial papers, pencil, pens, eraser, calculator

procedure:
1. gather all your friends and do a countdown for SPM
2. when suddenly you realize how near SPM is, go home and study!
3. record what you are doing for every 15 minutes.
4. observe what you have recorded.
5. if your data


























OKAY ITU CUBAAN MENGULANGKAJI SAMBIL ONLINE. tapi sekarang dah 15 minutes, saya dah give up. see! saya bukan jenis seorang yang boleh buat kerja secara konservatif(?). saya tak boleh tahan buat kerja yang same lame2. sebab tu saya tak boleh jadi akauntan, pegawai bank, mekanik, mahupun pembancuh kopi tegar. tidak3, saya nak berjalan kesana kemari. saya tak tahan duduk belajar unless ade faktor penggerak *huyoh!*.

saya tau lagi beberapa hari je nak hadap boypren tersayang saya tuuu tapi i tak ready lagi lah sayang ;) i kena mekap cantik2 duluuu baru jumpe u, saba eh darling sayang muah muah .___.


WAHAI KAKANDA SEKALIAN, PEGI STUDY SEKARANG! NOW I MEAN NOW! NEVER PROCRASTINATE, PROCRASTINATION KILLS.

ecehh . dah. bye2.

Saturday, October 30, 2010

MAJLIS GRADUASI 2010

event paling ditunggu2 student2 form5 mesti lah graduation kan? yela, sebab sekali seumur hidup graduate skolah menengah. yg university tu tak payah cite ok. lepastu cuma form 5 je yang sekolah raikan, form 1 form 2 mane ade, boo :P dah tu dapat pulak pakai glamer2 makeup makedown, pakai heels, pakai tudung bling bling, and paling penting, pakai robe :) uuuuuuu terus lupa spm belum hadir -.-

30th october 2010, smk jln 4 buat our graduation day. it was awesome! greater than awesome! greater than greater than awesome ! okay dah melampau. it was......oookayy i guess. mula dengan ucapan oleh blabla, oleh blabla and oleh blablablablabala. yg 3rd tu blabla kena panjang sikit. sebab die berucap lame gila, OMAIGOSH SATU HARI!

so 31st october, barulah kami ambil scroll and sijil tamat tingkatan 5. HAH TIPU! takdelahhh, orang blablablablablabla tu berucap macam majlis tu untuk dia, semata2 untuk dengar dia berucap dan terus bersurai. no no, salah salah. jam dia masuk mesin basuh kot, tu yang dia rasa dia berucap tak sampai 5 minit -.- kesian2. kesian dekat kami, bukan kesian dekat dia.

then, sampai masa kami ambil scroll. i was the first girl, girl? no. lady lah sedap sikit. ayu gitu :). i was the first lady to go on the stage. wah 'first lady', comel macam 'dutch lady'. haha. sangat3 nervous. cikgu cakap,

"bila dia panggil nama awak, tunduk, jalan jangan laju laju, berhenti, bagi salam kasih, pegang scroll, pose, cakap terima kasih, dan pergi"


okaayy cikgu saya paham cikgu. tapi bila ade suara sebut "AIMI SYAHIRAH BINTI blablablabla", saya pun memulakan tugas. tunduk, cek. jalan slow2, cek. berhenti, cek. salam kasih.....pegang scroll, cek. pose, cek cek. terima kasih cek. pergi, cek.

cikgu : hello. salam kasih awak mana?
dutch lady : taktau lah cikgu. cikgu nak saya tolong carik?
cikgu : i wallap u aaa !

ehehehehehhehe ituuu eheheh dialog tipu2 je ehehehhe :D tau tak salam kasih tu macammane? meh saya ajar. letak tangan kanan dekat badan bahagian bahu kiri okeh? paham tak? tengok dutch man saya buat.

pahe dok? kawe penak lukeh niiih. deme dok pahe pahe jugok, tak payah pahe lah. hishhh tak boleh kecek kelate, sebok nak kecek kelate. ah, bia lah. omong jowo kang telopong korang. huh.

lepas amek scroll, ade pesembahan multimedia. tunjuk video semua kelas form 5, and it was super cool :) sebelum balik sesi fotografi di siti situ sana sini. and then balek :) tu je kot.

oh, nah ade gmba sikit rompak dari facebook iqbal. enjoy :)















*tengok orang main gamelan, rase nak belajar lah. lepas spm ah :) *

Friday, October 22, 2010

pencapaian yang tak tercapai

sebulan lepas exam, macam biasa result and kedudukan dalam kelas dikeluarkan. hokaayyy masuk form 5 nih da tak kesah dah pasal kedudukan dalam kelas, taktau kenapa ecehh. letak lah top5 dari belakang pun, I DONT FREAKIN' CARE. huwaahhhh terase cool lah sebentar :D
untuk nak compare dengan mid term punye result, nah ni result trial saya. tak meningkat :(


kedudukan dalam kelas- 29/34
jumlah markah- 705/900
peratus - 78.3%
gred keseluruhan- 8A1B
gred purata- 1.78


hooo makin teruk nih ! nak tengok mid punye tak? nah* kalau taknak tengok takpe tak suroh pun bwekk bwekk bwekk huh ! tibe2 emo -.-

tadi kertas yang tulis kedudukan dalam kelas tu baru diedarkan. ade dua helai, first page untuk kedudukan nombor 1 sampai 20+, 2nd page from 20+ smpai 34. budak2 kelas sebok2 pegang kertas ramai2 berkerumun macam semut dengan air kosong. hey semut sekarang dah hilang taste bud tau tak, air kosong pun laku. saya pun pegi lah sekali nak jadi salah seekor semut yang comel tu kan. tapi sampai2 je dekat kerumunan tu, nampak satu helai kertas tak laku, terbiar sorang2 dekat atas meja. OH, dah boleh agak itu kertas 2nd page punya. saya pun dengan rendah diri, amek kertas 2nd page tu TANPA BEREBUT. okay lagi sekali, TANPA BEREBUT. hinanya kertas tu.. hinanya kami :(



takpe, belum spm, there's still time to make a change rite? :) i know we can do it :)


30th October ni sekolah kami buat graduasi :) nak pegi shopping kasut lah rase2 nye. ade tak prada 3o ringgit? :P

Friday, October 15, 2010

ingat tak dia ?

buyut saya baru meninggal dunia :( ingat tak yang mana ingat tak ingat tak? alaa mase raya saya pernah tunjuk gambar die. *nah* haaa tak sangka raya hari tu kali terakhir jumpa die.

"tengok lah dia puas puas cu.. tahun depan ntah ade lagi ntah tidak.."
-nenek sedare-



btol dia cakap. tak sangka :( tu laa sebok makan kuih raya, bukan nak tengok moyang tu puas2. ishh bdak gemok nih -.- raya tahun depan tak dapat lah jumpa moyang comel tu lagi. awww :(



so hari ni my parents dengan adik pegi balik kampung nak tengok moyang. MACAM BIASA, saya tak ikut. sebab apa? sebab spm nak dekat. hoho. petang nanti abag saya balik dari kolej, so dduk dengan die jelah. ingat nak hangout *kening kening* tapiiii umi dah warning awal2 "NI UMI TAKDE, JANGAN NAK KELUAR2 PEGI MID LAH KLCC LAH" . ho mannn sgt spoil plan :P ehhhhh tak sedar2 lagi nih exam nak dekat. gilo.













AL-FATIHAH untuk moyang saya. AL-FATIHAH....




complaint berhenti hujung tahun nanti

Jadual spm dah dapat dah semalam :) uuuu..... cuma satu booklet je dah boleh timbulkan seribu satu perasaan dalam diri ; hanya satu daripada seribu satu yang berjaya diluahkan dengan penuh tatatertib. seribu lagi terkunci rapi dalam hati, belum sampai masa mereka perlu diluahkan. mungkin akan terus dikunci sehingga satu tarikh yang tertentu :)








+.+





9 hari je exam ! Gembira sungguh ! sungguh! Saya exam 9 hari berturut2 tak campur cuti jumaat sabtu ahad. Penat lah jugak an pressure otak tak henti. tapi tapi tapi *suara comel* saya habis awal ngeeheehee boleh lah pegi shopping awal ngeeheehee boleh pegi hangout awal ngeeheehee boleh pegi makan-tour awal ngeeheehee boleh pegi carik boypreng awal NGEEHEEHEEHEEE ;D
ee tak saba nye, saya dah list nak buat apa lepas spm. nak follow ? :) Homaigoat TAK SABAR TAK SABAR !














sumpah tak ready lagi nak spm. sumpah.

Thursday, October 7, 2010

Bilakah waktu enjoy akan tiba ? *melankolik*

Trrr-rrial sssa-saya ddd-dah ha'ha'habb-bes (bace stail org gurun pergi kutub selatan pakai bikini). Hah, bace balik la tu. Teketar2 lidah. Allah bagi betol2 kangg baru tau. elok2 hantaran rm99999.99, bila bakal suami dengar kau cakap lidah vibrate macam tu terus jadi rm99.99. Ha kau nak ke? Eleh tau, korang kalau boleh nak kawen grand2 ala2 datok kawen kan? Dato'. berqalqalah hokay, bukan datok atok grandpa serta kawan2nye ye. Kalau takat grandpapa kawen, tak yah kawen pun takpe kot? No offense ye tok. Cucunda tak bersalah. Tengok sheikh muszaphar tu, kawen macam ada tanam pokok duit je kat rumah. Jeles i. Dah lah kawen mase tarikh best. Baru ingat nak couple tarikh tu. 10.10.10. Kacau a muszaphar. Haha gatal kau mi, calon pun takdek -.-


Ini da jauh tersasar dari landasan. Nak cakap pasal trial lah tadiii... Start paper bm. Mm ok la cuma karangan macam nampak sangat idea kering. Bi- essay bosan pasal fire. Math- senang hati tersenyum gumbira. Sejarah- senyum setengah. Agama- jilat bibir. Addmath- semputtt. Oxygen, oxygen ! Bio- guna tong oxygen sampai kosong. Fizik- rase nak sedut otak orang duduk depan. Chemistry- tak cukup masa! Dammn. Tapi tiga beradik pembunuh bersiri tu punya paper 3, saya puas hati lah.
Tu jela apa yang terjadi selama dua minggu. Tak saba pulak rase nak SPM. Saya tak gila :D













*Jom a pegi wedding austronaut tu ramai2. Nak masuk tv lah :p *

Friday, October 1, 2010

BD113A001. Trials sudah hendak habis! :))

Two more subjects to go! Lpastu, freedom~ wee! Wee! oh.lupa.tak lupa sbnanye.SPM belum lagi! DUDEE SPM LAGI SATU BULAN LBIH. SATU bulan dude, SATU. Dudeee, satu! Ala rilek ah dude, satu bulan je. Kris allen ckp sehari ade 86400 seconds. So satu bulan, *tap tap tap* equals to +- 2592000 sec. Lamee lagi tuu. *tik tok tik tok* ok skrg dah tinggal 2591994 sec lagi. Haha lepak ah dude.
Nampak sangat nak lazatkan hati sendiri. Tak menjadi pulak tu. Kesian. So, pmr next week kan adik2 kesayangan? Gentar tak? Ala chillax la macam dude kite tdi. Takyah kabot stadi2 dah. Tnggu je jam bdetik. Kalau tak leh jawab exam, senyum je. Dapat pahalaa. Dude buat macamtu pun tetap pandai taw! Jangan cakap die malas. Jangan kutuk imaginary friend saya. Jangan :p

Kalau level tension korang tu da tahap maksima pun, jangan diri atas beranda, angkat tangan style titanic. Konon i can fly without wings ye. Kalau jatuh, mati sia2 tak sempat ade offsprings. Kalau jatuh ok lagi dari saje jatuhkan diri. Ee bunuh diri. Mati kafir. Masuk neraka. Eee. Jadinya, bila tension, ade dua methods. First, tutup mata bayangkan masa matlamat korang tu tercapai 110%. As for bdk sekolah, bayangkan mase dapat resultlah kan. Happy je :') (mummy, nak 9a+..). Lpastu bukak mate lah. Takkan tu pun nak kene aja. Tsk3. Second method, just pikir ape nak buat lepas exam. Enjoy berhabis la kan. Orang risau exam, kau sebok pikir nak shopping. Haha. Jangan cakap aimi ajar. Well, 2nd method tu abg saya aja, sbab tu tak berilmiah sikit :D yg 1st tu datang dari mulut cikgu sejarah saya. Pn harvinder. Kenal? Hehe. Yeahh stakat ni, cara die menjadi dkat saya. Boleh la takat nak buang malas for half a minute kan -.-

Anywayy.. GOODLUCK, DEAR 2010 PMR CANDIDATES! All the best! Mari kita berjuang hingga paper yg terakhir ! Malaysia boleh! Kan dude? :)











Dude, da tinggal berape saat lagi ni?

._____.

Tuesday, September 14, 2010

aidilfitri 2010

tangan rase malas nak tulis. tapi hati nak cerita tentang keenakan raya. bila tangan dan hati berdiskussi, mereka capai kata sepakat. BUAT SUMMARY PALING RINGKAS. enjoy :)




jalan jalan nak pegi raya :)









kenape kami raya kat luar je? takde air ke nek? :(









kesian nenek, anai2 dah menumpang








moyang saya. setahun sekali jumpa. every year dia makin sakit :(









jalan lagiiii









teka cepat. ni pokok ulam raja ke bunga taik ayam? :)







kenape dekat bandar takde lembu berseppah tepi jalan?










first day raya









third day raya. dengan sepupu-bangga-muka-putih-takde-jerawat. geli i :D






with brother, sisters, and cousins :)








eh?! ape ni? HAHAHA :P





HABIS. ni semua gamba dari fon, sebab tu tak padat tak ringkas tak mutakhir. sorry. oh, jawapan soalan tadi: kalau bunga pink,maka itu pokok ulam raja. kalau bunga oren atau kuning, maka itu bunga taik ayam. faham? baguss :)



SELAMAT HARI RAYA :)