DAH BACE, SENYAP :)

Sunday, January 2, 2011

dah sampai seru dah ni



PLKN dah panggil ni. less than 24 hours, i'm gonna be there :) tak sabar pulak tapi at the same time takutt :(

i'll bring my camera. bila-bila dapat guna internet, saya akan update blog and maybe show you some pictures :) and friends, kalau rindu text lah ye silakan. saya bawak handphone dont worry, hujung minggu boleh contact :) jangan segan-segan beritahu apa jadi sepanjang saya kat sana. okay byee :)






tolong rindu saya, hee bye :)

Saturday, January 1, 2011

kau.

terlalu bergantung pada hanya seorang untuk luahkan segala benda ni tidak bagus sebenarnya. sekarang baru saya sedar. bila mana orang yang kita bergantung harap tu lukakan hati kita secara disedari mahupun tidak disedari, tiada siapa yang boleh kita mengadu, menangis bersama. terlalu bergantung pada dia, sehingga tak terbayang hidup tanpa dia. bila dia tiada, hidup mula terumbang-ambing. bukannya tiada kawan baik yang lain, cuma kita sudah terlalu biasa dengan dia yang kita bergantung ni. tapi biasalah, disangka panas sampai ke petang, hujan di tengahari. (err okay peribahasa taktau betul tak. )

teman. tidak, itu bukan kau. pencinta. juga bukan. kawan baik. kau bukan itu. kau tidak ada satu kategori yang spesifik. kau hanyalah.........kau. mungkin kau tidak menyedari ini, atau mungkin juga kau tidak sepertiku. kau punya berjuta kawan rapat yang boleh kau bergantung harap dan mungkin aku bukan salah seorang. aku sedar, aku hanya teman berkongsi sedih. kegembiraan hidup kau bukanlah perkara yang kau tertunggu-tunggu untuk dikongsi dengan ku. kau hanya berkongsi kisah-kisah remeh dan jarang sekali berkongsi hal-hal sirius. aku sedar kedudukanku. tidak ku harapkan lebih. cuma, aku mahu seperti dulu .







i will be here whenever you need me, remember that :)



2011 memecut lalu memotong 2010



HAPPY NEW YEAR TO YOU~
HAPPY NEW YEAR TO YOU~
HAPPY NEW YEAR TO MY READERS~
HAPPY NEW YEAR TO YOU~ !

-diaplikasikan daripada lagu birthday-


semoga kita dapat capai resolutions masing-masing, jangan hangat-hangat tahi ayam.
semoga tahun 2011 lebih baik daripada tahun 2010.
semoga kita peroleh banyak kebaikan pada tahun ini.
semoga hidup diberkati tuhan :)




azam tahun baru 2011 saya ni simple sahaja. tapi banyak dugaan nak capai. azam saya : KURANGKAN MENGUMPAT. yeahh saya serious. syaiton-syaiton sangat banyak menyukarkan lagi ketercapaian azam nih. haih berdoa jelah.





selamat tahun baru 2011 !