DAH BACE, SENYAP :)

Friday, December 31, 2010

satu birthday party wakil 5 beradik, sekali seumur hidup. sadis.

birthday party budak kecik tu went well. not much to say. cuma...heishhh budak2 sekarang, orang lain dah tolong organise party dia, dia boleh buat taktahu nak membantu *mengeluh* .

mari kita baca gambar :)



birthday boy



burung-burung awal.




ingat kanak-kanak sekecil ini taktau apa itu appetizer? :D



AWWWW. comelnya cupcakes saya budak tecik nih :)



spaghetti oleo. marvellous ! :d



aww saya rindu tiup2 cake, terkeluar air liur, buat taktau. haha. eh tak2 :P




first game : pijak kertas, lipat2 smpai kecik. err taktau apa game sebenarnya -.- pengadil bersila dekat bawah, tak puas hati orang main tipu :D



second game: musical chair. ada dua round. oh and di situuu ada scandal adik saya dan kawan-kawannya :D kecik-kecik dah pandai -.-




third game : a.e.i.o.u. . kanak-kanak riang ni tengah kaku, ketawa dalam hati :D boleh buat geng nih wahh.



party habis, segerombolan kanak-kanak terus keluar main tinggalkan kerja kerja mengemas pada orang lebih dewasa. cis. terima kasih kepada dua orang hebat ni yang menjayakan partehh


super hebat. aimi :8



kurang hebat. adi buddehh.



dan tidak lupa,


ayahanda dan bonda :)







saya tak suka basuh pinggan.

Thursday, December 30, 2010

gadis berspatula -.-

fuhh. lap dahi, baling peluh -,-'

saya super cool.

hahah well hasil cubaan kali pertama bake cupcakes saya sangat memberangsangkan. they had been baked perfectly :) by me :) okay lah abang saya ada menghulurkan bantuan jugak tapi sebagai assisstant sahaja, SAHAJA. saya boss ;) ini macam satu kejadian gempak gilaa ah dalam family sebab selalunya apabila tangan-tangan keluarga ni bake, untuk cubaan kali pertama pasti tak jadi. probability apa yang kami bake tu turn out to be as imagined tu about 1/10 jugak ah. sedih bukan. bila cupcakes saya jadi, hush terus bonda menari-nara depan microwave. ya, saya bake guna microwave, bukan oven. microwave kami cool, sebab tu nama dia microwave oven haaa ini lah bukti kami amat sangat jarang sekali guna oven untuk baking :D
jadi ini ada a few pictures diambil dengan tidak menggunakan kamera handphone lagi. mari terharu beramai-ramai.



baru tahu ada mesin ni dekat rumah. bukti saya amat sangat jarang sekali bake.



bite size cakes. comel kan macam.....shitto :D



aww dia behave very well. masuk oven macam shitto, keluar oven, jadi bulat :)



raksaksa punya bite size. mereka jadi saksi bonda menari-nara :)



WOW dia ada colour ! eh eh tulisan saya atas kertas tak sekanak-kanak tulisan H.A.P.P.Y.B.I.R.T.H.D.A.Y tuu. itu hasil kerja under pressure. CEYYY. saya tau cupcakes tak seindah khabar, tapitapi ada usaha kan :)



haih. baru ku mampu tersenyum :)




boleh buat bussiness tak? hehe.

"kejayaan bermula daripada cita-cita. cita-cita bermula daripada angan-angan."
-aimi-



uwaaahhh :D








Sunday, December 26, 2010

semakin kewanitaan :P

air kotak dalam bahasa inggeris apa?


box drinks ?


box water ah.


apesal pulak. kan air tin can drinks bukan can water


habis tu, kenapa mineral water bukan mineral drinks?



*
gaduh*



HAHA ni lah budak sekarang. bodoh sombong. eh tak tak, suka menimba ilmu. ceyyy. (sumber: tusyen physics berbulan2 yang lalu. eh terrindu pulak )


ok habis pasal box drinks box water, itu cuma warm up :) baiklah2 hari jadi saya sudah lepas, hari jadi adik saya pulak menjelang nih. kesian betul birthday masa first day naik sekolah plus plus, kakak dia yang tercinta ni telah maju ke plkn -.- budak kecik ni pulak sibuk2 nak buat birthday party sebab kawan-kawan semua buat. ibubapa pulak mengizinkan. ceh masa saya kecik2 saya ingat lagi, saya ada tanya abah boleh tak nak buat birthday party. dia tak bagi sungguh2. tapi bila adik saya ni, dia bagi pulak. kononnya sebab dia bongsu, takpelah bagi can. err memang masa saya kecik2-mintak-buat-party tu saya tak bongsu kan ? (nada: perli tajam punya). ceh, sadiss -.-


disebabkan KEMATANGAN saya ni *ek ehem*, saya pun pasrah menangis kesyahduan di dalam hati sahaja T.T and and and, saya volunteer buat cupcakes comel2 untuk party beliau. wah wah satu pencapaian nih! boleh lah lepas plkn mintak kerja dekat bakery, masa interview buat muka powerful cakap SAYA PERNAH BAKE CUPCAKES OKAYYY HUH. perlu 'huh' supaya nampak powerful. terus dengan serta-merta saya diambil kerja. jadi pencuci tandas. eh, tukang cuci tandas. *menangis kesyahduan lagi*



so, hasil kajian dengan kerjasama google, setelah pencarian dilaksanakan, ini bakal suami cupcakes yang saya akan buat untuk masuk ke digestive system kanak-kanak ceria tersebut agar bertambah ceria.



uu comel. banyak colour. kanak-kanak sukakan lidah mereka berubah warna -.- ini akan dipertimbangkan.




ini comel. tapi anda sanggup ke masukkan bugs dalam mulut? eww. tapi kanak-kanak suka makan beetles. sedap diorang kata. haha. ok yang ni dipertimbangkan.




tak banyak guna icing dalam plastic. picit2, keluar bentuk star. hmm usaha kurang. dipertimbangkan.


sangat sweet. rupawan, menawan, dan manis luar dalam :) sukasuka. ini pun masuk list dalam-pertimbangan.





ceh. besar cita-cita ?

eh taklah. ini cuma basuh mata namanya. gambar-gambar ni yang masuk digestive system saya dalam khayalan. cium je bau laptop, dah kenyang. tipu.



semangat nih ! ceh padahal buat kuih raya paling senang di dunia pun boleh hangus, ada hati nak buat cupcakes secomel di atas. eh apa salahnya bercita-cita ye tak? :) oleh itu, saya akan ambil gambar kenangan cupcakes sekali seumur hidup saya tu and upload dekat sini okay. tengoklah nanti apa jadi. mana tau jadi kek lapis :)












indah khabar dari rupa .

seventeen, officially :)

ini pasti entri pendek. dah pukul 12.37 malam and saya kena tidur, esok nak bangun awal. but but nak cakap, saya sangat terharu ramai ingat birthday saya although ada certain people yang HUH-I-TAK-SANGKA-U-TAK-INGAT-BIRTHDAY-I ! yeeaa takpe lahh nk buat macam manaa kita ni tak special pun kan :( anyway, THANK YOUU GUYS AND GALS ! i really do love you :) esok kursus 6 jam nih nak buat lesen teeheehee okay got to go saya happy nih. i'll blog next time. byebye :)



*kan dah cakap pasti pendek :) *

Monday, December 20, 2010

suci, tenang, ......HOT !

ouhh sucinya sucinya ! tak kelam kabut dah mata tu bila bukak blog ni kan ? :) mula-mula kita ingat nak buat blog comel comel, tapi kita taknak orang tengok kecomelan dia semata-mata tanpa membaca. nanti orang tackle blog, bukan tackle kita. jadi kita pun buat lah blog kepupusan colour nih. adik adik yang suka paksa ibu beli buku mewarna selonggok seringgit tu, boleh lah warna blog akak ni ye. jimat duit ibu tu. seringgit kalau top up boleh message seratus kali taw. seratus message tu banyak taw. sempat kenal hati budi, mintak couple lagi taw. ok ibu adik dah kahwin. lupakan. pergi beli buku mewarna -.-


*saya suka garrett hedlund :) *



awwww *melt*

love like woe

setelah berjanggut cari lagu ni, jumpa juga akhirnya. ni yang nak terharu nih :') lagu ni macam dadah, sekali je dengar terus addicted. penangan dia, huoo boleh mati wo. bola sangat hyper -.-
serious nihhh suka sangaatt ! cuba cekidaud :)





lagu comel plus the cute guy :8 perfect combination. sukasukasuka :)


oleh sebab perfect combination ni, kita mesti nak sing along kan dengan suara kita yang merdu bagai burung wakwak ni. nah Love Like Woe punya lyrics :)


(J-J-J-J-JR)
Woah-oh, oh-oh, oh-oh, oh-oh
Woah-oh, oh-oh, oh-oh, oh-oh
(I kinda feel like it don't make sense)

I'm thinking, baby, you and I are undeniable
But I'm finding now loves unreliable
I'm giving all I got to make you stay
Or am I just a roadblock in your way?

Cause you're a pretty little windstorm out on the boulevard
Something like a Sunset, oh you're a shooting star
And I might drive myself insane
If those lips aren't speaking my name

Cause I got some intuition,
Or maybe I'm superstitious
But I think you're a pretty sweet pill that I'm swallowing down
To counter this addiction, you've got me on a mission
Tell me darling, can I get a break somehow?
(How) could I say no?

She's got a love like woe
Woah-oh, oh-oh, oh-oh,
Girls got a love like woe (la-da-da)
I kinda feel like it don't make sense
Because you're bringing me in and now you're kicking me out again
Loved so strong, then you moved on
Now I'm hung up in suspense,
Because you're bringing me in and then you're kicking me out again

It's like a hurricane, speed train, she's a moving car
Catch her in the fast lane, oh I gotta know,
Can I keep up with her pace?
Kick it into gear when I see that face

You can take up all my time cause you're the only one
That can make a storm cloud break, pulling out the sun
And I can't get caught in the rain
Can I get your lips to speak my name?

Cause I got some intuition,
Or maybe I'm superstitious
But I think you're a pretty sweet pill that I'm swallowing down
To counter this addiction, you've got me on a mission
Tell me darling, can I get a break somehow?
(How) could I say no?

She's got a love like woe
Woah-oh, oh-oh, oh-oh,
Girls got a love like woe (la-da-da)
I kinda feel like it don't make sense
Because you're bringing me in and now you're kicking me out again
Loved so strong, then you moved on
Now I'm hung up in suspense,
Because you're bringing me in and then you're kicking me out again

Cause we only have one life
The timing and the moment,
All seem so right
So would you say you're mine? (We'll be just fine)
Would you say you're mine? (We'll be just fine)

She's got a love like woe
Woah-oh, oh-oh, oh-oh,
Girls got a love like woe (la-da-da)
I kinda feel like it don't make sense
Because you're bringing me in and now you're kicking me out again
Loved so strong, then you moved on
Now I'm hung up in suspense,
Because you're bringing me in and then you're kicking me out again(Repeat when you get to the end) (just one repeat)




baikkan saya bagi kemudahan ? hehe. enjoy :)

Sunday, December 19, 2010

ujian lagi -.-

alhamdulillah, dah lepas ujian berkomputer :) tak ramai orang pun dekat sana, sekejap je dah balik. umi pun wow-terkejut-anakku-sudah-pulang-jom-pergi-kenduri ! oh tidakk kegembiraan bonda hanya bertahan 2 minit setengah. tiba tiba dia marah sebab kelupaan saya beri slip lulus periksa tu dekat orang yang uruskan license saya. ala umi chillax ah, macam tak jumpa orang tu lagi -.- oh, keputusan exam, saya dapat 48/50. sangat tidak disangka. HAA NAK TAU TAKK *pukul bahu orang sebelah, buat muka makcik senah eksaited nak bergosip* petugas dekat tempat saya amek ujian tu tak mesra langsung ! bukan takat tak mesra, memang mintak kaki tangan ah. makan gaji, buat cara makan gaji ye amoi, mentang2 kau rambut pendek badan mantop, kau ingat kau boleh layan orang suka hati kau? ni sure takde boyfriend nih. takde sifat penyayang langsung. huh. *ok makcik senah, sila berhenti membebel sekarang*

26 hb ni saya ade kursus 6 jam pula ya. satu pengajaran yang saya dapat, bawa mp3 mahupun mp4 atau apa apa sahaja yang membantu melenyapkan 6jam begitu sahaja. texting tidak begitu membantu. bawak jajan dalam beg. nasi goreng bukanlah species jajan. oh, banyak pengajaran rupa-rupanya. ok! saya ready! mari countdown birthday saya ! *tiba tiba -.- *



Wednesday, December 15, 2010

lepas lesen Lelaki, lesen Perempuan :)





i'm ready i'm ready i'm ready *picit* . Kursus KPP 5 jam saya sudah habis! at last! sumpah rasa macam dua hari dalam bilik tu (aimi, tak baik menipu guna sumpah). err lama okay dalam bilik tu, dah la sejuk, lapar, takda kawan pulak tuh. luckily, LUCKILY, ade budak hehe handsome duduk depan saya *shy*. ahh actually i know him but i'm quite sure that he doesn't know me. or maybe he doesn't recognize me. kami pernah sekelas masa form 1 or form 2 dulu but then dia pindah sekolah. dia pulak bukan la jenis budak yang huhahuha duduk sebelah perempuan hai-sapa-nama-ade-nombor-telefon? tu. so kami tak rapat langsung plus saya takde guts nak tegur dia. WALAUPUN dia makin handsome kan teeheehee see saya tak la gatal gila babi kan. oops nanti jadi isu lisa surihani :D

oh, what's a kursus KPP? KPP stands for Kurikulum Pendidikan Pemandu if i'm not mistaken. and it took 5 hours :O muka mulut huruf 'O' ni hanya untuk adik adik yang tak tau perihal belajar memandu sahaja ye. CEYYY sumpah poyo gilaa :D sorry abang kakak yang tahu memandu, you can stop rolling your eyes now. i'm done poyo-ing :D

berbalik semula pada ayat pertama tadi, yes i'm ready to drive! i'm ready to get to the next stage of growth-adulthood! CEYYY lagi sekali. padahal plkn tak lepas lagi nih. so this weekend insyaAllah saya ambil ujian berkomputer, pray for me to get 43 points and above ya ? :)





JADILAH PEMANDU BERHEMAH, KURANGKAN KEMALANGAN JALAN RAYA, SAYANGI NYAWA ANDA DAN ORANG TERSAYANG :)

Tuesday, December 14, 2010

take it or leave it .





eksaited sungguh bangun bangun pagi, gosok gigi, mandi manda, turun breakfast, lari lara pegang penyapu dengan penyodok, tiba tiba "WOW DAPAT SURAT!". baru terasa macam budak lepasan sekolah kalau macam ni *ehem ehem*. envelope dia cantik ade biru biruan :)


*koyak koyak*. ek ehem. Dear Aimi Syahirah binti blablabla, SCHOLARSHIP AWARD 2011. Congratulations on your good perfomance in the school exam. We are pleased to award you the Teo Soo Pin Scholarship. The details of which are as follow:
1. Name of programme: tanak bagitau.
2. Date of commencement: january 2011
3: Nature of award: Full tuition fee waiver


UWAAHHH *pengsan pengsan*. Alhamdulillah dapat scholar ni. so i'll be off to KDU college this upcoming january. goodbye plkn, goodbye holidays :')

...NOT! no no, i'm not going to receive this award. first, otak bersama-sama tubuh badan dah terima kenyataan mereka akan pergi plkn. AKAN. believe it or not, saya rasa tak sabar pulak nak pergi plkn. hati sudah suka sama plkn. teehee :) mengada kan. dulu gila2 berharap dapat scholar ni supaya tak payah pergi plkn. sekarang dah dapat, taknak pulak. meh lempang sikit. biasaa ye. second, umi cakap benda ni cuma bayar tuition fee je. yg activities lain tanggung sendiri. banyak belanja sebab ni kolej swasta. ape? guna duit? okay, saya tak mau. third, lepas result spm keluar, ade MARA di sisi. pilihan lebih baik. result x straight A's pun boleh. MARA kan membantu melayu macam saya :) plus, ade lagi better scholarships terbuka after result spm. so, think twice sebelum terima KDU ni. Fourth, UiTM is better ! err itu ibunda yang cakap, saya tak tau. no offense. AND FIFTH, naluri hati mahu ke plkn ngehehe. nak enjoy dulu sebelum menjejakkan kaki ke alam tak pakai uniform sekolah. so yeah, minta maaf encik Teo Soo Pin :)


that's it. angan angan nak lihat lambang ni setiap hari tidak terlaksana nampaknya.


MARI MENUJU KEJAYAAN, MARI MENUJU PLKN ! jyeah!
*kami wira wirawati negara, kini masa kami berjaya. tududududududu~ *

Friday, December 10, 2010

5 cendekia 2010 smkjalan4, the last memory

jamuan 5 cendekia memang the bomb! i suka i suka :0 a day before jamuan, kami berlima pergi shopping hadiah untuk doorgift and hadiah cikgu. happy sangat sebab shopping tak guna duit sendiri. bawak duit kelas berkepuk kepuk. nak kira pun sorok2 takut ade orang follow berniat jahat nak culik kami berlima mintak tebusan, OR ragut kami punya beg OR ragut plastic bags kami OR mintak no telefon. ngeee. fuhh pegi pagi2, balik petang2 padahal bukan nye jauh pun. tak de class pun shopping mall yang kami pergi tu. tak tau itu consider MALL ke tak. hadoih semua jamuan punya pasal. tu pun ade yang macam tak menghargai -.-
tadi jamuan berlangsung. saya dan naziff jadi pengacara majlis. amboi naziff suka betol kau jadi pengacara ni kan. in fact you don't even need me actually. tapi biasalah, perempuan kan penghias dunia, bile ade pengacara lelaki kenalah ade pengacara perempuan. bila ade romeo ada lah juliet. bila ade edward ada lah bella. bila ade kucing ada lah anjing. bila ada penjahat ada lah polis. nampak tak nampak tak? haaa. saya tau saya penghias :) long story short, jamuan start dengan ucapan2, awards, makan, and games. kami main KERU-RAMA (kerusi berirama atau nenek saya panggil musical chair), kami main CHARADE, kami main CUN-BOX (kotak beracun. get it?), kami main TELEFON BODOH. haha memang macamtu ke nama -.- mainan die mcm ni, orang pertama bisik dekat orang sebelah satu ayat and then orang sebelah tadi bisik lagi ayat tu dekat orang sebelah die. sampai orang last, tengok ah ayat tu jadi apa. pernah main kaaaannn. so perkataan asal kami - ravi naik moto pergi kedai langgar anak ayam mati tengah jalan kubur dekat sg ramal. errr lebih kurang la kot ayat dia tak ingat ah :P lepastu bisik2 sampai orang last jadi macam ni : bila hujan boleh bukak payung, bila pelawat datang tak boleh bukak pintu sebab anantha.. dah taktau ape dah. HAHAHAHAHA SUMPAH LAWAK TIBA2 BILA HUJAN HAHAHA TAK RASA LAWAK KE :D

ok berhenti gelak aimi. lepas game, amek gamba, makan kek, and balek rumah. lupa nak tapau makanann macammane boleh lupa ni unbelievable betul. makanan boleh lupa? isk isk dah makin kurus nampaknya :P

so saya letak lah a few pictures untuk tatapan sekeluarga. and also piqah sebab tak dapat datang. nah saya rompak lagi sekali dekat facebook rakan rakan.














Wednesday, December 8, 2010

KEM PLKN PELANGI HILL RESORT. damn,

oh! saya nak cakap jugakkkk. SAYA PUNYA PLKN DEKAT KUALA KUBU BHARU, BAHARU, BARU.ahh sama lah tu. KEM PELANGI HILL blabla tak ingat. tak amek tau. cehhh poyo lah sekarang puas2. sampai masa nak naik bas menangis. gila. okay dah, sape2 ade kenalan termasuk boyfren yang sama kem dengan saya, tolong beritahu. bagi nombor telefon ehehehe. tak, ini main2. boyfren tu kalau rasa dah sampai masa dibuang jauh2, contact saya. haha ini pun main2. hadoi. okay lah nah nama kem yang betol betol punya. senang orang bukak google kan teeheee. saya sanggup bersusah payah bukak website JLKN tu semata2 nak memudahkan google tau tak arrghh. nightmare. ok nah and bye.

NAMA KEM : KEM PLKN PELANGI HILL RESORT, MUKIM KERLING KKB
ALAMAT KEM : LOT 1675, JALAN KOLAM AIR PANAS, TAMAN LEMBAH DAMAI

BANDAR KEM : KUALA KUBU BHARU
NEGERI KEM : SELANGOR



stop smiling. okay bye lagi sekali

hidup berubah 180...... err tak jumpa symbol 'degree'. bongok. bye SPM !

dah la woi. dahhh. hah? oh, belum lagi. tak, ade 3 minggu je.

ehehe boleh tak sepanjang entri cuma menjawab soalan? nafsu nak blogging dah kurang lah alamak macammana ni. muka takde terkejut ketakutan langsung. nada suara pun memang mendatar horizontal axis straight line parallel to y=x+3 . okay jom turunkan kening same2 -.-

yes, saya dah habis Surat Perjanjian Meminang, haa memang tak lawak. saya dah break up dengan tunangan temporary saya tu. kami bersama 2 minggu lebih je tapi dah cukup mengubah kehidupan. wahwah sungguh hebat penangan cik tunangan saya. lepas ni saya taknak jumpa dia lagi sebab dia dah pun jadi tunangan berjuta juta lemon orang Malaysia, bukan saya sorang ruparupanya. saya tau saya mesti rindu dia nanti tapi nak buat macammana, kami dipaksa berpisah. ramai orang menjerit kegembiraan habis anak tekak keluar sebab hepi sangat saya break up dengan tunangan saya tu. I WILL MISS YOU MR SPM :)

yang belum lagi tadi tu, jawapan kepada soalan "dah hilang dah beban?". maka saya pun menjawab "oh, belum lagi". yeahhh orang lain happy sangat habis spm tapi kenapa saya macam 'errrrr oh dah habes, kenapa tak rasa apa apa' ?huh nampak sangat tak berusaha cukup. spm ke tak spm ke sama je. makan tetap makan -.-

"cuti panjang la ni?". saya pun membalas "tak, ade 3 minggu je". MUMMYYY DAPAT PLKN KUMPULAN 1! arghhh malang betollah nasib anak dara ni. memang rasa macam nak nangis sangat tapi setelah tido bangun balik, akal dan tubuh badan dah menerima kenyataan plkn tu bakal jadi kawan baik saya. haih cepat betol mental fizikal ni adapt dekat masalah. yes, itu memang masalah. habis planning saya. nah saya share list lepas spm saya :
  1. tidy up your room (sampai clear!)
  2. pergi holiday ramai2
  3. music class
  4. carik kerjaaa $$
  5. driving lesson
  6. belajar jahit *uuu* :)
  7. handbags hunting
  8. relearn japanese language
  9. exercise!
  10. write in your diary
  11. watch japanese, korean dramas
  12. rewatch hana yori dango
haa yang lain tak payah tahu. tapi SHOPPING itu perkara wajib jadi tak payah masuk checklist hehe. oh and lepastu checklist ni memang boring and tak daring langsung. ah, pedulik! ha nombor satu tu priority muehehe sebab bilik memang macam setor. tak, itu tipu. bilik besepah sikit2 jee alaa takdelah sampai tahap setor kan memang hina betol tu. berlipas semua eww. second tu nampaknya macam tak berjaya jee. semua plkn punya pasal. arghh geram2 gigit biskut gigit2! angan2 nak pergi camping, bukit broga, semua tinggal lambaian. err, pelik. next! music class. umm itu masih dalam pertimbangan ibunda. ha ni konfius sedari kecil nih, 'ibunda' ke 'bonda' ? saya dah cakap dengan ibundabonda tu saya nak belajar violin and piano tapi macam tak dapat respon yang convincing je -.- die teruskan aktiviti menengok tv. haih. 4th, carik kerjaaaa! ini pun macam tak kesampaian. alahai plkn. kenapa u kena 3 bulan hah. i taksuka taksuka taksuka. lepas plkn insyaAllah kalau masih menganggur lagi saya carik lah keje cuci tandas awam -.- eh tak, jangan kau amin kan. 5th, driving lesson. yeahh ini berjalan seperti dirancang. cumanya, lesen L amek lpas plkn. haduh. NAMPAK TAK BETAPA PLKN MENGGANGGU GUGAT KEHIDUPAN REMAJA HEDONISTIK NIH?! eh tak, saya bukan lah remaja hedonistik. saya baik *wink*. next, belaja jahit. yeah ini ibundabonda yang jadi gurunya yaa ibuk2 bapak2 siapa yang punya anak bilang aku aku yang tengah malu. okay saya berhenti. next,handbags hunting! yeah saya perlukan handbag sebab saya dah besarrrr. wahahaha. nak pergi kolej mana boleh bawak beg sekolah sama saiz dengan badan dah macam turtle dah. eh, tortoise. ahh tak mahu. next! relearn blablabla. yes, saya dah tinggal kan bahasa ibunda tu nak dekat setahun. ceh perasan. 9th, exercise! hehehe ini pun kena masuk dalam checklist sebab saya dah gemok gedempol. study je mulut tak boleh duduk diam. sama ada nak makan atau bercakap buang air liur. saya pilih makan. itu lebih membahagiakan. next, tulis dlm diary. haa ni satu lagi khazanah saya dah tinggalkan. sian dieeeee alololo buchuk buchuk. saya takde passion langsung menulis guna pen sebagai luahan perasaan ni. cannot lah cannot! tapi sebab kesian kat diary tu, saya tabahkan hati kuatkan biceps and triceps muscles saya ni :P
11th, 12th tu tak perlu dihuraikan. tapi nak promote jugak. try tengok HANA YORI DANGO japanese punya. menjurai2 air mata keluar. air liur pun boleh tahan berlumba2 dengan air mata sebab hero hero die henseheemmm. hembus hembus sikit sebut hensehemmm tu. baru feeeelll :)


okay saya taktau nak cakap ape lagi. esok punya plan pergi pulang buku teks (HA HA ini sangat membencikan), kemudian beronggeng pergi kajang carik stuffs untuk jamuan kelas. tu je la kot. see ya! rindu lah sama kamuu belog kesayyyangan muah muah.






*oh kena bayar rm7.50 total sebab tak balut buku. gila betol. boleh buat beli rumah tu -.- *