DAH BACE, SENYAP :)

Saturday, January 1, 2011

kau.

terlalu bergantung pada hanya seorang untuk luahkan segala benda ni tidak bagus sebenarnya. sekarang baru saya sedar. bila mana orang yang kita bergantung harap tu lukakan hati kita secara disedari mahupun tidak disedari, tiada siapa yang boleh kita mengadu, menangis bersama. terlalu bergantung pada dia, sehingga tak terbayang hidup tanpa dia. bila dia tiada, hidup mula terumbang-ambing. bukannya tiada kawan baik yang lain, cuma kita sudah terlalu biasa dengan dia yang kita bergantung ni. tapi biasalah, disangka panas sampai ke petang, hujan di tengahari. (err okay peribahasa taktau betul tak. )

teman. tidak, itu bukan kau. pencinta. juga bukan. kawan baik. kau bukan itu. kau tidak ada satu kategori yang spesifik. kau hanyalah.........kau. mungkin kau tidak menyedari ini, atau mungkin juga kau tidak sepertiku. kau punya berjuta kawan rapat yang boleh kau bergantung harap dan mungkin aku bukan salah seorang. aku sedar, aku hanya teman berkongsi sedih. kegembiraan hidup kau bukanlah perkara yang kau tertunggu-tunggu untuk dikongsi dengan ku. kau hanya berkongsi kisah-kisah remeh dan jarang sekali berkongsi hal-hal sirius. aku sedar kedudukanku. tidak ku harapkan lebih. cuma, aku mahu seperti dulu .







i will be here whenever you need me, remember that :)



No comments:

Post a Comment