DAH BACE, SENYAP :)

Thursday, July 8, 2010

mcDelivery sangat lembab

memang nk tulis entri ni sejam yg lepas. tpi saya ni easily distracted tau. kejap myspace, stalk page orang. kejap facebook, sebok send message yg same "hello, ni siape ek ?" dekat lebih kurang 10 orang, sumpah tak kenal. kejap, bace blog orang. kejap, tengok gamba2 orang. grrrr last sekali baru blogspot sendiri. kau ni aimi memang ah. mula mula konon nak on kejap je update blog. sekali ha. janji melayu betol.

aim sebenar nak story pasal semalam. berhujan hujanan tunggu mcdelivery sampai depan sekolah, sekali kena bayar lebih harga yang sepatotnya boleh dapat kalau pergi mcD terus. pengajaran: jangan malas.
mula2 memang nak naik bas pergi kajang terus makan mcD kat sane ramai2 sebelum pukul 3. tapi memang takde rezeki, kene tinggal bas dua kali. bukan kene tinggal, tapi biar bas depan mata jalan. bongoks. ade la sebab2 tertentu kami ni end up dengan call 1300-13-1300 je. dua kali. first hamitra call, cakap suro hanta dekat sekolah. ehhhh orang tu boleh cakap tak boleh hanta sebab kene ade cikgu. H-E-L-L-O kitorang dah TUJUHBELAS tahun, dah tau mane satu moto mcD mane satu moto sayur. takkan tu pun jadi issue? lame.. second saya call, guna alamat rumah depan sekolah. so, kitorang pun tunggu lah moto mcDelivery dengan setia di bawah hujan. romantik kan? lepastu habis lah haccum2. -.-

mcD sampai, kitorang tak cukup duit nak bayar (omg malu gila) kene lah pinjam duit orang. hah dah miskin, ade hati nk mcDelivery segala. bongoks. mkan pkul 2.50 kelam kabot sumbat mcchicken dlm mulut, sedut2 air milo sampai pkul 3. ade bakat la ni masuk competition makan burger paling byk dlm spuluh minit. haha.

pkul 3.05, kitorang ade function dekat skolah. haa bebaloi tak makan mcd. bhutang duit, baju basah, fries lembab, makanan tak hancor betol2 terus masuk dalam perut. hah best.


raihan sayang, lain kali nak makan mcd kita naik bas terus eh? kita boikot delivery sahaja ok. :)

entri ni bosan, tau. ehhh!! nak tgok eclipse esok! huaa best2. pkul 12 malam ni baru nak tengok new moon. hahah. so long guys. bye2!

No comments:

Post a Comment