DAH BACE, SENYAP :)

Monday, November 8, 2010

pesanan cikgu. heart to heart nih! :P

Bahasa Melayu ialah satu cabaran besar bagi insan yang bernama aimi ini. Mata pelajaran ini dahulunya merupakan sesuatu yang hanya dipandang enteng olehnya. Mutakhir ini, aimi melakukan anjakan paradigma dan mengambil sirius akan mata pelajaran ini dengan gemblengan guru Bahasa Melayu dan dirinya sendiri. Hal ini demikian kerana, aimi sedar bahawa penguasaan bahasa, penguasaan peribahasa, penguasaan penulisan karangan yang mantap dan kebolehan mengambil hati pemeriksa ialah elemen-elemen penting yang perlu digarap bagi menjamin keputusan A+ untuk mata pelajaran SPM ini. Tuntasnya, aimi akan berusaha menguasai semua mata pelajaran SPM secara holistik agar dia mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.



JANGANLAH BORINGGGG, TOLONGG. semangat nih! huu haa aum aum *clap clap*. alaa comelnya ada tepuk semangat haha teringat zaman dahulu kala cipta tepuk semangat untuk kumpulan. kumpulan pun comel nama binatang, ade kumpulan kungfu panda tehee. saya kumpulan HARIMAU MALAYA ;D comelkan? :D motif menulis cerita kontot takde perenggan tu, adalah kerana.... cehh. nak buat intro je, nak tarik minat pembaca walaupun saya tau bila bace intro tu, minat anda anda ni memang dah vanish hilangkan kotoran kan? kalau awak kuat semangat, awak akan teruskan bace entri ni. kalau awak lemah semangat, risiko tinggi kena rasuk setan. haa pilih pilih.



okay2, nak mula cerita lah nihh. tadi sekolah saya ponteng kelas hihi. eh tak, saya kan budak baik bersopan santun bertatasusila ;p pagi pagi saya terus pergi makmal bahasa jumpa cikgu BM nak mintak tandatangan and also nak mintak tunjuk ajar macammana nak mantapkan bm saya nih. tusyen lah dengan die sekejap. one to one u! special, hehe. sekejap je, tak lama pun. ceh, sekejap saya tu sampai pukul 12.45. dari pukul.......8 lebih kot :) mase fizik saya skip, masa agama saya skip, masa bio saya skip 1 period, and paling penting, REHAT saya skip. lapar siod!


saya dengan cikgu pun bermakan-makanan, berminum-minuman sambil bergosip-gosipan hehe. eh, gosip tu pukul 11.30 taw bukan pukul 8 lebih tuh :D ceh ingat masa, tak lah tu saya tipu :D tapi 11 something ah. cikgu pun bukak cerita.....jengjengjeng.... pergh suara die terus jadi slow seslow siput sedut. siap cakap "ini antara kita je tau. jangan beritahu orang lain". huyyoh bangga nih :8 lepastu die ade pesan macam2. salah satu yang melekat dalam hati, dia cakap


"kawan biar seribu. kita berkasih hanya untuk

ape? untuk kahwin... bukan untuk saja2 ni. biar satu. jangan

berkasih-kasih. buat ape kan? bia lah takde boyfriend sekalipun.

BIARR. jodoh akan sampai jugakk. kawann aje semua orang.

kawannnn.."


OKAY ITU BUAT SAYA FIKIR, BUAT APE COUPLE KAN? give me one strong reason why couple-ing is a need. reason gune 'strong' eh? lantak ah. lepastu cikgu ada cakap "mak mentua ni, kalau dia tak suka, dia tak suka. noktah. buuuat lah ape cara sekalipun, sekali die dah tak suka die memang takkan suka. sebab tu kalau tak dapat restu, baik tak payah kawin.. buat apee.. hidup tak bahagia. dia akan buat macam2 pada awak. awak akan terseksa. tapi kalau dah kahwin baru die tak suka, itu lain cerita"
yeahhhh saya ingat apa die cakap *wink wink*. ooo bab ni kau ingat ye. full detail lagi. bila cikgu cakap pasal locomotion of an earthwormm ke, growth in plant ke, electromagnetism semua tu
kau tak ingat? tsk tsk tsk, aimi aimi.... -.-




oh, korang ingat tak cikgu yang bagi nasihat pasal merpati tu? saya tak post kot kat blog ni. ade kat myspace dulu. cikgu yang sama lah ni bagi nasihat kawin2 nih :P best kan die? :) oh, nasihat merpati tuh lebih kurang macam ni,


"awak perempuan perlu jadi seperti burung merpati. senang

didekati tapi sukar ditangkap. awak jangan kejar lelaki. biar lelaki

yang cari awak, awak hanya perlu menunggu"


something like that. menusuk! kata kata ni saya pegang sampai sekarang and insyaAllah sampai bila bila. thank you cikgu :)




akhirulkalam, marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran. belajar biar sampai ke negeri China. memetik kata-kata Hamka, ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah.


FULAMAK, ADE HAMKAAAAA... KAU ADE KE? ;D






*OH BTW, PIQAH BUAT SAYA SEDAR BALIK. MEH SAYA CLEAR THINGS UP SUPAYA SAYA TAK NAMPAK JAHAT DI MATA KORANG. HEHE. YANG CIKGU KATE 'INI ANTARA KITA2 JE" TU BUKANLAH APE YANG SAYA POST DEKAT ENTRI NI OKAY. SAYA TAK JAHAT, BETOLLLL! SAYA NI BOLEH DIPERCAYAI TAU HEEE. MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI :) OKAY ? SAYA PUN TAKTAU KENAPA KENA GUNA HURUF BESAR. OK DAH SENYAP BYE*

3 comments:

  1. cikgu kata antara kita2 je kan ? kau dah post kat blog wehh hahaha

    ReplyDelete
  2. WAHHHH, LAST YEARR PN NAZILAH PUN CKP PASAL BURUNG MERPATI JUGAK;D HAHAHHA

    ReplyDelete
  3. shiqah, yang antara kami2 tu bukan yang aku post ni lahhh. aku tak sebodoh tu :D yang ni kan general punya. ade lah secret lain tak boleh share dengan sape2 :)

    zirwa, yeke? haha power ah cikgu

    ReplyDelete