DAH BACE, SENYAP :)

Wednesday, December 8, 2010

KEM PLKN PELANGI HILL RESORT. damn,

oh! saya nak cakap jugakkkk. SAYA PUNYA PLKN DEKAT KUALA KUBU BHARU, BAHARU, BARU.ahh sama lah tu. KEM PELANGI HILL blabla tak ingat. tak amek tau. cehhh poyo lah sekarang puas2. sampai masa nak naik bas menangis. gila. okay dah, sape2 ade kenalan termasuk boyfren yang sama kem dengan saya, tolong beritahu. bagi nombor telefon ehehehe. tak, ini main2. boyfren tu kalau rasa dah sampai masa dibuang jauh2, contact saya. haha ini pun main2. hadoi. okay lah nah nama kem yang betol betol punya. senang orang bukak google kan teeheee. saya sanggup bersusah payah bukak website JLKN tu semata2 nak memudahkan google tau tak arrghh. nightmare. ok nah and bye.

NAMA KEM : KEM PLKN PELANGI HILL RESORT, MUKIM KERLING KKB
ALAMAT KEM : LOT 1675, JALAN KOLAM AIR PANAS, TAMAN LEMBAH DAMAI

BANDAR KEM : KUALA KUBU BHARU
NEGERI KEM : SELANGOR



stop smiling. okay bye lagi sekali

hidup berubah 180...... err tak jumpa symbol 'degree'. bongok. bye SPM !

dah la woi. dahhh. hah? oh, belum lagi. tak, ade 3 minggu je.

ehehe boleh tak sepanjang entri cuma menjawab soalan? nafsu nak blogging dah kurang lah alamak macammana ni. muka takde terkejut ketakutan langsung. nada suara pun memang mendatar horizontal axis straight line parallel to y=x+3 . okay jom turunkan kening same2 -.-

yes, saya dah habis Surat Perjanjian Meminang, haa memang tak lawak. saya dah break up dengan tunangan temporary saya tu. kami bersama 2 minggu lebih je tapi dah cukup mengubah kehidupan. wahwah sungguh hebat penangan cik tunangan saya. lepas ni saya taknak jumpa dia lagi sebab dia dah pun jadi tunangan berjuta juta lemon orang Malaysia, bukan saya sorang ruparupanya. saya tau saya mesti rindu dia nanti tapi nak buat macammana, kami dipaksa berpisah. ramai orang menjerit kegembiraan habis anak tekak keluar sebab hepi sangat saya break up dengan tunangan saya tu. I WILL MISS YOU MR SPM :)

yang belum lagi tadi tu, jawapan kepada soalan "dah hilang dah beban?". maka saya pun menjawab "oh, belum lagi". yeahhh orang lain happy sangat habis spm tapi kenapa saya macam 'errrrr oh dah habes, kenapa tak rasa apa apa' ?huh nampak sangat tak berusaha cukup. spm ke tak spm ke sama je. makan tetap makan -.-

"cuti panjang la ni?". saya pun membalas "tak, ade 3 minggu je". MUMMYYY DAPAT PLKN KUMPULAN 1! arghhh malang betollah nasib anak dara ni. memang rasa macam nak nangis sangat tapi setelah tido bangun balik, akal dan tubuh badan dah menerima kenyataan plkn tu bakal jadi kawan baik saya. haih cepat betol mental fizikal ni adapt dekat masalah. yes, itu memang masalah. habis planning saya. nah saya share list lepas spm saya :
  1. tidy up your room (sampai clear!)
  2. pergi holiday ramai2
  3. music class
  4. carik kerjaaa $$
  5. driving lesson
  6. belajar jahit *uuu* :)
  7. handbags hunting
  8. relearn japanese language
  9. exercise!
  10. write in your diary
  11. watch japanese, korean dramas
  12. rewatch hana yori dango
haa yang lain tak payah tahu. tapi SHOPPING itu perkara wajib jadi tak payah masuk checklist hehe. oh and lepastu checklist ni memang boring and tak daring langsung. ah, pedulik! ha nombor satu tu priority muehehe sebab bilik memang macam setor. tak, itu tipu. bilik besepah sikit2 jee alaa takdelah sampai tahap setor kan memang hina betol tu. berlipas semua eww. second tu nampaknya macam tak berjaya jee. semua plkn punya pasal. arghh geram2 gigit biskut gigit2! angan2 nak pergi camping, bukit broga, semua tinggal lambaian. err, pelik. next! music class. umm itu masih dalam pertimbangan ibunda. ha ni konfius sedari kecil nih, 'ibunda' ke 'bonda' ? saya dah cakap dengan ibundabonda tu saya nak belajar violin and piano tapi macam tak dapat respon yang convincing je -.- die teruskan aktiviti menengok tv. haih. 4th, carik kerjaaaa! ini pun macam tak kesampaian. alahai plkn. kenapa u kena 3 bulan hah. i taksuka taksuka taksuka. lepas plkn insyaAllah kalau masih menganggur lagi saya carik lah keje cuci tandas awam -.- eh tak, jangan kau amin kan. 5th, driving lesson. yeahh ini berjalan seperti dirancang. cumanya, lesen L amek lpas plkn. haduh. NAMPAK TAK BETAPA PLKN MENGGANGGU GUGAT KEHIDUPAN REMAJA HEDONISTIK NIH?! eh tak, saya bukan lah remaja hedonistik. saya baik *wink*. next, belaja jahit. yeah ini ibundabonda yang jadi gurunya yaa ibuk2 bapak2 siapa yang punya anak bilang aku aku yang tengah malu. okay saya berhenti. next,handbags hunting! yeah saya perlukan handbag sebab saya dah besarrrr. wahahaha. nak pergi kolej mana boleh bawak beg sekolah sama saiz dengan badan dah macam turtle dah. eh, tortoise. ahh tak mahu. next! relearn blablabla. yes, saya dah tinggal kan bahasa ibunda tu nak dekat setahun. ceh perasan. 9th, exercise! hehehe ini pun kena masuk dalam checklist sebab saya dah gemok gedempol. study je mulut tak boleh duduk diam. sama ada nak makan atau bercakap buang air liur. saya pilih makan. itu lebih membahagiakan. next, tulis dlm diary. haa ni satu lagi khazanah saya dah tinggalkan. sian dieeeee alololo buchuk buchuk. saya takde passion langsung menulis guna pen sebagai luahan perasaan ni. cannot lah cannot! tapi sebab kesian kat diary tu, saya tabahkan hati kuatkan biceps and triceps muscles saya ni :P
11th, 12th tu tak perlu dihuraikan. tapi nak promote jugak. try tengok HANA YORI DANGO japanese punya. menjurai2 air mata keluar. air liur pun boleh tahan berlumba2 dengan air mata sebab hero hero die henseheemmm. hembus hembus sikit sebut hensehemmm tu. baru feeeelll :)


okay saya taktau nak cakap ape lagi. esok punya plan pergi pulang buku teks (HA HA ini sangat membencikan), kemudian beronggeng pergi kajang carik stuffs untuk jamuan kelas. tu je la kot. see ya! rindu lah sama kamuu belog kesayyyangan muah muah.






*oh kena bayar rm7.50 total sebab tak balut buku. gila betol. boleh buat beli rumah tu -.- *

Tuesday, November 16, 2010

entri ke 100 ini khas untuk ucapan selamat tinggal bebeh. i love u bebeh

24 hari lagi ! 24 ! 24 hari lagi saya akan tinggalkan sekolah, hidup sebagai school leaver, takde orang nak organise untuk saya lagi, and saya kena start hidup berdikari. bila kata berdikari, saya akan uruskan segala hal-hal dengan berdiri di atas kaki sendiri. apply scholar SENDIRI, urus hal-hal kolej SENDIRI, and semua SENDIRI. tengok kakak2 saya nak fly, diorang uruskan semua sendiri. parents tak disusahkan langsung. jadi saya sangat tak sabar nak rase independent life ni macam mana, masam ke masin. saya taknak lah sikit2 nak suruh makbapak buat kan, walaupun diorang tak kesah. baik tak payah membesar macam tu. duduk je dekat tadika tu. saya yakin saya boleh berdikari sebab sekarang pun saya tak bergantung sangat dekat makbapak *ehem ehem. boleh buat menantu kan ;)*, nak buat tu nak buat ni semua sendiri. saya dah biasa bila nak beli barang, umi/abah/along/adi drop je saya dekat kedai tu and die pergi ronda2 sebab takde parking -.- so saya ditinggalkan berlegar2 sorang2 mengincreasekan risiko kena culik masuk surat khabar kelua muka comel bertitle "REMAJA DICULIK KERANA MAHU BERDIKARI". famous!

ape yang saya nak sampaikan sebenarbenarnya hanyalah saya dah nak habis sekolah :( spm pun dah dekat. hish boyfren saya nih, makin dekat pulak. jadi saya nak mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kalau2 penulisan saya selama nih ade yang menyakitkan hati atau terbuat awak2 ni benci taksukataksukataksuka dekat saya. i'm so so sorry. saya bukan mintak maaf hanya sebab nak spm ok, tapi sebab ini sahaja kesempatan yang ade untuk mintak maaf dengan ikhlas dekat pembaca2 yang dikasihsayangi sekalian :) i love you you knowwww

doakan saya dapat straight a+'s untuk spm nih ye. terimakasihhhhhhhh :x

and lastly, ALL THE BEST TO ALL THE SPM 2010 CANDIDATES. MARI MENUJU KE DESTINASI! yeaheeyeah. puncak cinta tertinggi yeaheeyeah





*ini entri terakhir sebelum saya tinggalkan anda untuk jumpa boyfren saya, Mr SPM. 8 disember saya jumpa anda kembali okeh! dont miss me ! :)

Sunday, November 14, 2010

jamu-jamuan

2010 punye zaman persekolahan dah pun habis. rasa macam baru sebulan sekolah dekat jalan empat. rupa-rupanya dah 5 tahun :) banyak sangat memori dekat sekolah tersayang tu. okay pasal memori2 kenangan2 dari form 1 sampai form 5 tu lain kali saya cerita dekat entri lain okay. lepas spm kot, baru menyentuh hati sikit kan kan kan. yang belum rase sekolah menengah 5 tahun tu, prepare lah mentally ok. best sebenarnye sebab banyak drama jadi bila form 5 nih. boleh buat novel 15 mukasurat ah bagi budak-budak yang lap hingus pun nak kene suroh cikgu buat tu. mukasurat 14 dengan 15 khas untuk glossary supaya diorang punye bahasa melayu pasar level sekolah menengah ni mantop. best betol lah idea penulis berkaliber nih :) tunggu lah 10 tahun akan datang wujud lah buku macam tu. kalau jumpa, serta-merta carik nama penulis ok? lepastu bolehlah korang bangga2 dengan member korang pernah bace blog penulis terkenal tuh. teheeeheeee :D

*****

sabtu, 3 petang, oldtown. itu kami punya jamuan Pembimbing Rakan Sebaya. first time pergi jamuan prs sebab tahun lepas saya tak komited dengan prs nih. takat baju je purple, tapi hati lain2. okay, saya pun tak paham. mm tak ramai yang datang tapi saya tak kisah sangat sebab ape? sebab ade makanannnnnn :)

lepas makan kami tukar2 hadiah, and saya dapat perfume bersama purse bersama gula2 bersama2 surat. hehehe ade surat, comel betol. pkul 5 lebih kurang, kami pulang. itu je, not much tapi boleh laaa kot sebelum tak jumpa diorang dah kan. tahun depan baru kita jumpe okay mase kami jalan2 lawat sekolah . tunggu ye :)


oh ye, isnin ni kami sekolah. ade majlis restu. OMG DAH NAK SPM SANGAT2. doakan saya yeh supaya dpt jawab spm dengan lancar and dapat straight A+ . sebot taw name AIMI SYAHIRAH dalam doa. tu pun kalau awak sayang saya heehee thanx :)

Monday, November 8, 2010

pesanan cikgu. heart to heart nih! :P

Bahasa Melayu ialah satu cabaran besar bagi insan yang bernama aimi ini. Mata pelajaran ini dahulunya merupakan sesuatu yang hanya dipandang enteng olehnya. Mutakhir ini, aimi melakukan anjakan paradigma dan mengambil sirius akan mata pelajaran ini dengan gemblengan guru Bahasa Melayu dan dirinya sendiri. Hal ini demikian kerana, aimi sedar bahawa penguasaan bahasa, penguasaan peribahasa, penguasaan penulisan karangan yang mantap dan kebolehan mengambil hati pemeriksa ialah elemen-elemen penting yang perlu digarap bagi menjamin keputusan A+ untuk mata pelajaran SPM ini. Tuntasnya, aimi akan berusaha menguasai semua mata pelajaran SPM secara holistik agar dia mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.



JANGANLAH BORINGGGG, TOLONGG. semangat nih! huu haa aum aum *clap clap*. alaa comelnya ada tepuk semangat haha teringat zaman dahulu kala cipta tepuk semangat untuk kumpulan. kumpulan pun comel nama binatang, ade kumpulan kungfu panda tehee. saya kumpulan HARIMAU MALAYA ;D comelkan? :D motif menulis cerita kontot takde perenggan tu, adalah kerana.... cehh. nak buat intro je, nak tarik minat pembaca walaupun saya tau bila bace intro tu, minat anda anda ni memang dah vanish hilangkan kotoran kan? kalau awak kuat semangat, awak akan teruskan bace entri ni. kalau awak lemah semangat, risiko tinggi kena rasuk setan. haa pilih pilih.



okay2, nak mula cerita lah nihh. tadi sekolah saya ponteng kelas hihi. eh tak, saya kan budak baik bersopan santun bertatasusila ;p pagi pagi saya terus pergi makmal bahasa jumpa cikgu BM nak mintak tandatangan and also nak mintak tunjuk ajar macammana nak mantapkan bm saya nih. tusyen lah dengan die sekejap. one to one u! special, hehe. sekejap je, tak lama pun. ceh, sekejap saya tu sampai pukul 12.45. dari pukul.......8 lebih kot :) mase fizik saya skip, masa agama saya skip, masa bio saya skip 1 period, and paling penting, REHAT saya skip. lapar siod!


saya dengan cikgu pun bermakan-makanan, berminum-minuman sambil bergosip-gosipan hehe. eh, gosip tu pukul 11.30 taw bukan pukul 8 lebih tuh :D ceh ingat masa, tak lah tu saya tipu :D tapi 11 something ah. cikgu pun bukak cerita.....jengjengjeng.... pergh suara die terus jadi slow seslow siput sedut. siap cakap "ini antara kita je tau. jangan beritahu orang lain". huyyoh bangga nih :8 lepastu die ade pesan macam2. salah satu yang melekat dalam hati, dia cakap


"kawan biar seribu. kita berkasih hanya untuk

ape? untuk kahwin... bukan untuk saja2 ni. biar satu. jangan

berkasih-kasih. buat ape kan? bia lah takde boyfriend sekalipun.

BIARR. jodoh akan sampai jugakk. kawann aje semua orang.

kawannnn.."


OKAY ITU BUAT SAYA FIKIR, BUAT APE COUPLE KAN? give me one strong reason why couple-ing is a need. reason gune 'strong' eh? lantak ah. lepastu cikgu ada cakap "mak mentua ni, kalau dia tak suka, dia tak suka. noktah. buuuat lah ape cara sekalipun, sekali die dah tak suka die memang takkan suka. sebab tu kalau tak dapat restu, baik tak payah kawin.. buat apee.. hidup tak bahagia. dia akan buat macam2 pada awak. awak akan terseksa. tapi kalau dah kahwin baru die tak suka, itu lain cerita"
yeahhhh saya ingat apa die cakap *wink wink*. ooo bab ni kau ingat ye. full detail lagi. bila cikgu cakap pasal locomotion of an earthwormm ke, growth in plant ke, electromagnetism semua tu
kau tak ingat? tsk tsk tsk, aimi aimi.... -.-




oh, korang ingat tak cikgu yang bagi nasihat pasal merpati tu? saya tak post kot kat blog ni. ade kat myspace dulu. cikgu yang sama lah ni bagi nasihat kawin2 nih :P best kan die? :) oh, nasihat merpati tuh lebih kurang macam ni,


"awak perempuan perlu jadi seperti burung merpati. senang

didekati tapi sukar ditangkap. awak jangan kejar lelaki. biar lelaki

yang cari awak, awak hanya perlu menunggu"


something like that. menusuk! kata kata ni saya pegang sampai sekarang and insyaAllah sampai bila bila. thank you cikgu :)




akhirulkalam, marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran. belajar biar sampai ke negeri China. memetik kata-kata Hamka, ilmu tanpa amal ibarat pohon tak berbuah.


FULAMAK, ADE HAMKAAAAA... KAU ADE KE? ;D






*OH BTW, PIQAH BUAT SAYA SEDAR BALIK. MEH SAYA CLEAR THINGS UP SUPAYA SAYA TAK NAMPAK JAHAT DI MATA KORANG. HEHE. YANG CIKGU KATE 'INI ANTARA KITA2 JE" TU BUKANLAH APE YANG SAYA POST DEKAT ENTRI NI OKAY. SAYA TAK JAHAT, BETOLLLL! SAYA NI BOLEH DIPERCAYAI TAU HEEE. MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI :) OKAY ? SAYA PUN TAKTAU KENAPA KENA GUNA HURUF BESAR. OK DAH SENYAP BYE*

Friday, November 5, 2010

pesta cahaya :)

cabaran 1 malaysia, ceh 'cabaran', memang saya sahut betol betol. tahun ni lah yang saya paling bersungguh-sungguh bergaul dengan semua kaum, semua bangsa, belajar bahasa diorang, cara hidup diorang, belajar respect adat and agama diorang, and paling penting MAKANAN diorang. saya tau saya rakyat malaysia yang membanggakan negara. ceyyyy :D

saya tak kesah peluk2 kiss2 muah2 dengan non malay nih. perempuan ok perempuan SAHAJA. saya tak kesah pegang diorang sana sini, eh eh eh! kau pikir pegang mana hah, cakapppp! pegang tangan, pegang rambut, pegang pipi, pegang kaki, saya tak kesah. betol ! pegang kaki tu TIPU. kau percaya, kau gila. haha. kelas saya ada......1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13 bukan melayu. 10 india 3 cina. semua saya rapat, semua saya sayang.
i love you guys muah muah!

ape motif cerita? helloo ini hari deepavali lah aiyo. ini hari a, jiran itu rumah a saya mari. deepavali a, makan2 dia ajak itu saya sama keluarga saya. dia kata a,

auntie: "saya tada makan itu pork la~ daging itu suma a saya beli sama itu orang melayu jugaa~ "

umi: "auntie, auntie masak taruk wine tak auntie?"


auntie : "tada laa! saya punya anak tada minum itu macam punya air la~ mabuk mabuk punya anak saya tada minum la~"


auntie punye dialog kene ade '~' okeh. bia dapat feeling intonasi dia :D WOKEY, SELAMAT ITU MAKAN RENDANG DIA LA. orait auntie, i'm on my way auntie! food, i'm coming!!

masuk2 gate, ade macam.....err.....taktau ah name die. tapi macam ade api die pasang :) ade bunga-bunga sekali atas lantai. nice la auntie :) but where's your kolam, auntie? oh, auntie kate die banyak sibuk laa~ tak buat kolam. ingatkn kolam tu wajib doh -.-
lepastu makan kuih raya die. hulamakkk kuih dia semua stok2 kuih raya yang raya aidilfitri tu :P buat sendiri pulak tuh, saya itu tabik la sama auntie! eh eh gatal nak panggil die auntie, dah taraf grandma dah :D umi la yang panggil dia auntie, saya kan sebaya dengan umi saya :D

makan time ! pergh ade rendang, ayam, dal, ngn ape ntah. oh! ade idali. Haha main sukati je eja marah auntie kang tak jemput dah dtg rumah. no auntie no, i like your rendang auntie.. idali tuu die kate gune tepung beras. die selembut softlan, eh tak, selembut apam. dan dia tasteless :P makan die macam makan ketupat. makan dengan rendang or ape2 yang kau rase sesuai sumbat dengan apam. ok cara sebut die : "i-de-li" de-li tu kena laju sikit. supaya apa ? supaya dapat feeling auntie. okey? :) meh ikot akak cakap mehhh.. "i...deli..." sekali lagiiii~ "i....deli.." okay! boleh jadi menantu auntie! eh tak, cucu menantu? yea, cucu menantu :P eyy die ade cucu sebaya tau. form 5. pandang pertama, dah rase nak jadi cucu menantu auntie :P EEHHHH TAK TAK! i tak tepikat langsung okay -.-

oh, rumah anak untie tu memang superb lah! ade fitness room tu yang kawe tak tahe tuh! bagai rusa masuk kampung :P bila tengok rumah die, membuak2 pulak rase nak jadi interior designer. haihhh mase depan ni mengade lah. so lepas perut dah happy, kami pun bawa diri pulang ke rumah yang takde fitness room nih -.- saya excited first time pegi makan dekat rumah non muslim nih :) and nanti, ade classmate saya nk buat openhouse deepavali dia, tak saba nak pegi. tapi tak sure boleh pergi tak.alaaa nak tengok kolam... :(






lastly, HAPPY DEEPAVALI to all hindus out there. have a joyful deepavali :)



*cakap pasal kolam ni, korang tau kan kolam tu ape? taktau, pegi google. alaaa google pun malas kan. kolam tu yang die buat design2 guna beras colour2 tuu. yang atas lantai tuu.. tau? taktau jugak pegi jadi warganegara london -.- *

Thursday, November 4, 2010

saya baru tau maksud procrastinate, lepastu macam excited nak selitkan perkataan tu. lepastu excited jugak nak procrastinate. jadi lah macam ni :)

aim : to investigate the relationship between the level of laziness and the.........

hypothesis: the nearer the SPM, the lazier you get.

variables : manipulated : the.......
responding : level of laziness
fixed : subjects

apparatus/materials : me, my mind, my soul, books!, trial papers, pencil, pens, eraser, calculator

procedure:
1. gather all your friends and do a countdown for SPM
2. when suddenly you realize how near SPM is, go home and study!
3. record what you are doing for every 15 minutes.
4. observe what you have recorded.
5. if your data


























OKAY ITU CUBAAN MENGULANGKAJI SAMBIL ONLINE. tapi sekarang dah 15 minutes, saya dah give up. see! saya bukan jenis seorang yang boleh buat kerja secara konservatif(?). saya tak boleh tahan buat kerja yang same lame2. sebab tu saya tak boleh jadi akauntan, pegawai bank, mekanik, mahupun pembancuh kopi tegar. tidak3, saya nak berjalan kesana kemari. saya tak tahan duduk belajar unless ade faktor penggerak *huyoh!*.

saya tau lagi beberapa hari je nak hadap boypren tersayang saya tuuu tapi i tak ready lagi lah sayang ;) i kena mekap cantik2 duluuu baru jumpe u, saba eh darling sayang muah muah .___.


WAHAI KAKANDA SEKALIAN, PEGI STUDY SEKARANG! NOW I MEAN NOW! NEVER PROCRASTINATE, PROCRASTINATION KILLS.

ecehh . dah. bye2.