DAH BACE, SENYAP :)

Sunday, December 26, 2010

semakin kewanitaan :P

air kotak dalam bahasa inggeris apa?


box drinks ?


box water ah.


apesal pulak. kan air tin can drinks bukan can water


habis tu, kenapa mineral water bukan mineral drinks?



*
gaduh*



HAHA ni lah budak sekarang. bodoh sombong. eh tak tak, suka menimba ilmu. ceyyy. (sumber: tusyen physics berbulan2 yang lalu. eh terrindu pulak )


ok habis pasal box drinks box water, itu cuma warm up :) baiklah2 hari jadi saya sudah lepas, hari jadi adik saya pulak menjelang nih. kesian betul birthday masa first day naik sekolah plus plus, kakak dia yang tercinta ni telah maju ke plkn -.- budak kecik ni pulak sibuk2 nak buat birthday party sebab kawan-kawan semua buat. ibubapa pulak mengizinkan. ceh masa saya kecik2 saya ingat lagi, saya ada tanya abah boleh tak nak buat birthday party. dia tak bagi sungguh2. tapi bila adik saya ni, dia bagi pulak. kononnya sebab dia bongsu, takpelah bagi can. err memang masa saya kecik2-mintak-buat-party tu saya tak bongsu kan ? (nada: perli tajam punya). ceh, sadiss -.-


disebabkan KEMATANGAN saya ni *ek ehem*, saya pun pasrah menangis kesyahduan di dalam hati sahaja T.T and and and, saya volunteer buat cupcakes comel2 untuk party beliau. wah wah satu pencapaian nih! boleh lah lepas plkn mintak kerja dekat bakery, masa interview buat muka powerful cakap SAYA PERNAH BAKE CUPCAKES OKAYYY HUH. perlu 'huh' supaya nampak powerful. terus dengan serta-merta saya diambil kerja. jadi pencuci tandas. eh, tukang cuci tandas. *menangis kesyahduan lagi*



so, hasil kajian dengan kerjasama google, setelah pencarian dilaksanakan, ini bakal suami cupcakes yang saya akan buat untuk masuk ke digestive system kanak-kanak ceria tersebut agar bertambah ceria.



uu comel. banyak colour. kanak-kanak sukakan lidah mereka berubah warna -.- ini akan dipertimbangkan.




ini comel. tapi anda sanggup ke masukkan bugs dalam mulut? eww. tapi kanak-kanak suka makan beetles. sedap diorang kata. haha. ok yang ni dipertimbangkan.




tak banyak guna icing dalam plastic. picit2, keluar bentuk star. hmm usaha kurang. dipertimbangkan.


sangat sweet. rupawan, menawan, dan manis luar dalam :) sukasuka. ini pun masuk list dalam-pertimbangan.





ceh. besar cita-cita ?

eh taklah. ini cuma basuh mata namanya. gambar-gambar ni yang masuk digestive system saya dalam khayalan. cium je bau laptop, dah kenyang. tipu.



semangat nih ! ceh padahal buat kuih raya paling senang di dunia pun boleh hangus, ada hati nak buat cupcakes secomel di atas. eh apa salahnya bercita-cita ye tak? :) oleh itu, saya akan ambil gambar kenangan cupcakes sekali seumur hidup saya tu and upload dekat sini okay. tengoklah nanti apa jadi. mana tau jadi kek lapis :)












indah khabar dari rupa .

2 comments:

  1. Wish u all the best! (sambil pindahkan sikit tuah saya kepada awak);p

    ReplyDelete