DAH BACE, SENYAP :)

Sunday, December 19, 2010

ujian lagi -.-

alhamdulillah, dah lepas ujian berkomputer :) tak ramai orang pun dekat sana, sekejap je dah balik. umi pun wow-terkejut-anakku-sudah-pulang-jom-pergi-kenduri ! oh tidakk kegembiraan bonda hanya bertahan 2 minit setengah. tiba tiba dia marah sebab kelupaan saya beri slip lulus periksa tu dekat orang yang uruskan license saya. ala umi chillax ah, macam tak jumpa orang tu lagi -.- oh, keputusan exam, saya dapat 48/50. sangat tidak disangka. HAA NAK TAU TAKK *pukul bahu orang sebelah, buat muka makcik senah eksaited nak bergosip* petugas dekat tempat saya amek ujian tu tak mesra langsung ! bukan takat tak mesra, memang mintak kaki tangan ah. makan gaji, buat cara makan gaji ye amoi, mentang2 kau rambut pendek badan mantop, kau ingat kau boleh layan orang suka hati kau? ni sure takde boyfriend nih. takde sifat penyayang langsung. huh. *ok makcik senah, sila berhenti membebel sekarang*

26 hb ni saya ade kursus 6 jam pula ya. satu pengajaran yang saya dapat, bawa mp3 mahupun mp4 atau apa apa sahaja yang membantu melenyapkan 6jam begitu sahaja. texting tidak begitu membantu. bawak jajan dalam beg. nasi goreng bukanlah species jajan. oh, banyak pengajaran rupa-rupanya. ok! saya ready! mari countdown birthday saya ! *tiba tiba -.- *



No comments:

Post a Comment