DAH BACE, SENYAP :)

Thursday, June 3, 2010

MENGAPA KAH?!

gaaahhh geramnye!!!!! jgn bagi aku mencarut petang2 buta nih!

balek rumah, hbes exam, bukak komputer dgn hepinye dgn harapan mnggunung nak tukar blog template nih sepenuhnye bagi x nampak perempuan sgt (-.-), tibe2 ditampar perasaan geram yg teramat memusnahkan segala perasaan excited yg memenuhi hati pada lebih kurang 2 jam yg lepas apabila template yang dicipta dengan usaha sendiri selama sejam gagal didisplaykan kerane website bongok tersebut telah memberi harapan palsu semata-mata malah membazir masa orang yang tersangat kasihan ini yang beria-ia edit2 itu ini dengan bertemankan lagu2 barat dan perut yang menambah rentak lagu bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

okay puan nazilah, sila amek pen merah basah yang pastinya bukan berjenama faber castell (pen tu bengap doh tersekat2, igt aku suke ah!) dan sila bulat peribahasa pada ayat terakhir kerana saya sangat mengetahui bahawasanya peribahasa tersebut tersangat2lah salah. cikgu kena paham anak murid cikgu yang comel ni ( :D ) baru tahu maksud peribahasa tersebut setelah 17 tahun hidup daripada rakannya, shafiqah, dan mahu tunjuk kepada cikgu kebolehannye MENGINGAT peribahasa. INGAT ye, bukan PAHAM. heh heh he. dan cikgu, sila tulis besar2 gune huruf besar kat tepi tu "NOKTAH AWAK MANA?!" kerana saya tahu cikgu acap kali mengingatkan kami tentang kepentingan noktah.



hadoooooiiiii 'pendek' nya terpesong. nk ckp ni je ha, APESAL TEMPLATE TU TAK KLUAARR?!! tempe btol. ok saya rindu tempe.

2 comments: